Dalam perundangan sivil dan ketenteraan, hukuman mati segera atau hukuman singkat ("summary execution") ialah menghukum mati seseorang yang dituduh melakukan jenayah tanpa mendapatkan perbicaraan bebas dan adil. Istilah ini terhasil daripada konsep keadilan segera untuk menghukum kesalahan singkat, seperti dalam kes mahkamah tentera medan, tetapi istilah itu biasanya menandakan pelaksanaan hukuman mati singkat. Dibawah undang-undang antarabangsa, keengganan askar untuk menerima penyerahan diri yang sah oleh pihak lawan dan syarat-syarat tiada belas kasihan askar, ialah dengan membunuh pihak lawan yang menyerah kalah.

Nguyễn Ngọc Loan dengan segera menembak mati kapten Viet Cong Nguyễn Văn Lém di Saigon semasa Serangan Tet pada tahun 1968.

Hukuman singkat telah diamalkan oleh organisasi polis, tentera, dan separa tentera dan sering dikaitkan dengan perang gerila, cegah pemberontakan, terorisme, dan sebarang situasi lain yang melibatkan pecahan prosedur biasa untuk mengendalikan banduan, orang awam atau tentera yang dituduh.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting