Hutan Simpan Kekal Ulu Sat
Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Sat, atau secara rasminya, Hutan Simpanan Kekal Ulu Sat (bahasa Inggeris: Ulu Sat Permanent Reserve Forest ) ialah hutan simpan kekal yang terletak di Malaysia.[1][2] Secara pentadbiran, ia terletak di bawah Jajahan Machang, dalam negeri Kelantan bahagian timur.[3] Anggaran ketinggian Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di atas permukaan laut ialah 240 meter (787.4 ka).[1] Ia terletak kira-kira 290 kilometer (180.2 bt) sebelah utara Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Hutan Simpan Kekal Ulu Sat juga merupakan salah satu daripada kawasan larangan untuk memburu.[4]
Hutan Simpan Kekal Ulu Sat Ulu Sat Permanent Reserve Forest | |
---|---|
Lokasi | Kelantan, Malaysia |
Koordinat | 5°43′00″N 102°19′00″E / 5.71667°N 102.31667°EKoordinat: 5°43′00″N 102°19′00″E / 5.71667°N 102.31667°E |
Badan pentadbir | Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia |
sunting |
Iklim
suntingCarta iklim untuk Hutan Simpan Kekal Ulu Sat | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
313
22
19
|
198
23
20
|
136
24
20
|
141
25
21
|
211
25
20
|
170
23
21
|
191
24
20
|
256
25
17
|
284
25
21
|
308
24
20
|
455
22
20
|
970
22
19
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: Set Data daripada NASA.[5][6] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Iklim di kawasan ini, Hutan Simpan Kekal Ulu Sat ialah iklim khatulistiwa.[7] Purata suhu ialah 22 °C (71.6 °F). Bulan April merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 23 °C (73.4 °F). Bulan Januari dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan 20 °C (68.0 °F).[5] Purata curahan hujan di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat ialah 3,633 milimeter (143.0 in) pertahun. Hujan turun dengan lebat pada bulan Disember, 970 milimeter (38.2 in) manakala bulan yang paling sedikit turunnya hujan ialah Mac, 136 milimeter (5.4 in).[6]
Luas dan tarikan pelancong
suntingHutan Simpan Kekal Ulu Sat mempunyai keluasan hutan simpan sebanyak 14,432 hektar (144.3 km2).[8] Terdapat juga Muzium Perhutanan Negeri Kelantan yang dibina dalam hutan simpan ini. Selain itu juga, terdapat tiga kawasan rekreasi iaitu Jeram Linang, Bukit Baka dan Lata Tujuh.[8]
Flora
suntingPada Februari 2020, bunga terbesar di dunia yakni Rafflesia dalam spesies Cantleyi Solms-Laubach dijumpai di kawasan hutan simpan ini.[9]
Rujukan
sunting- ^ a b "Ulu Sat Forest Reserve, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 2021-06-11.
- ^ Malaysia, Singapore, and Brunei: Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names [Malaysia, Singapura, Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi] (dalam bahasa Inggeris). 2. United States Government Printing Office. 1971. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-08. Dicapai pada 12 Januari 2018 – melalui Google Books.
- ^ "Katalog Metadata Geospatial Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Edisi Pertama" (PDF). forestry.gov.my (ed. 1). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. m/s. 107–108. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-07-09. Dicapai pada 12 September 2020.
- ^ "Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pemulihan Hidupan Liar (Kawasan Larangan Memburu) (Pindaan) 2020" (PDF). wildlife.gov.my. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Jabatan Peguam Negara Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-07-09. Dicapai pada 1 Februari 2020.
- ^ a b "NASA Earth Observations Data Set Index" [Indeks Set Data Pemerhatian Bumi NASA]. NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
- ^ a b "NASA Earth Observations: Rainfall (1 month - TRMM)" [Pemerhatian Bumi NASA: Curahan Hujan (1 bulan-TRMM)] (dalam bahasa Inggeris). NASA/Tropical Rainfall Monitoring Mission. Dicapai pada 30 Januari 2016.
- ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated world map of the Köppen-Geiger climate classification". Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
- ^ a b Nur Afifah binti Mohamad Amran (Januari 2019). "Perspektif Penduduk Kampung yang Menyumbang kepada Faktor Pembalakan Haram dan Pencerobohan Tanah di Kawasan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat, Kelantan, Malaysia" (PDF). Kelantan. Dicapai pada 6 Disember 2020 – melalui Universiti Putra Malaysia. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Hazira Ahmad (3 Februari 2020). "Rafflesia dijumpai di 3 lokasi di Kelantan". hmetro.com.my. Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-03. Dicapai pada 20 November 2020.
Pautan luar
sunting- Malaysia, Singapore, and Brunei: Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names [Malaysia, Singapura, Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi] (dalam bahasa Inggeris). 2. United States Government Printing Office. 1971. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-08. Dicapai pada 12 Januari 2018 – melalui Google Books.