Hutan Simpanan Bukit Timah

Hutan Simpanan Bukit Timah (Inggeris: Bukit Timah Nature Reserve) merupakan kawasan simpanan semulajadi seluas 1.64 kilometer persegi (410 ekar) yang terletak di lereng Bukit Timah, di tengah-tengah negara Singapura. Hutan ini berada kira-kira 12 kilometer (7.5 mi) dari daerah perniagaan pusat, Downtown Core.

Hutan Simpanan Bukit Timah
هوتن سيمڤنن بوکيت تيمه
Bukit timah quarry may.jpg
Tinggalan kuari yang terdapat di Hutan Simpanan Bukit Timah
Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Peta lokasi/data/Singapura' not found.
JenisHutan simpan
Lokasi Singapura
Kawasan1.64 kilometer persegi (410 ekar)
Dicipta1883 (1883)
Dijalankan olehLembaga Taman Negara

Walaupun hutan ini mempunyai ukuran yang kecil, ia dianggap salah satu kawasan semulajadi yang paling produktif. Alfred Russel Wallace, ahli alamiah British juga berfikiran sedemikian. Bersama-sama dengan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, dua kawasan ini menempatkan 840 spesies tumbuhan berbunga dan 500 spesies haiwan.[1] Hari ini, ia adalah salah satu kawasan hutan hujan utama yang masih wujud di Singapura. Hutan simpanan ini secara rasminya diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Taman Warisan ASEAN pada 18 Oktober 2011.[2][3]

RujukanSunting

  1. ^ "Bukit Timah Nature Reserve" (visitors' guide). Lembaga Taman Negara. Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  2. ^ "Bukit Timah Nature Reserve declared ASEAN Heritage Park". Channel NewsAsia. 19 Oktober 2011.
  3. ^ "President endorses ASEAN Heritage Park". AsiaOne. 19 Oktober 2011.

Pautan luarSunting