Ibnu Abi Hatim merupakan seorang ahli hadis yang telah menyumbang sebahagian besar masanya untuk mengkaji hadis Nabi; melakukan perjalanan mencari hadis (bahasa Arab: رحلة) ke pelbagai wilayah-wilayah Islam, melakukan kritikan terhadap hadis sanad yang didapatinya, dan banyak menulis karya penting dalam bidang tersebut; termasuk pula dalam bidang lainnya, seperti bidang tafsir, fiqh, usul fiqh dan sebagainya.[1] Disebabkan oleh sumbangannya yang begitu besar terhadap Islam, terutama dalam bidang hadis, beserta integritinya yang tinggi, para ulama memberikan banyak gelaran terhormat terhadap dirinya, antara lain: Al-Imam (seorang imam, panutan), An-Naqid (seorang pengkritik), dan sebagainya. [2][3]

Rayy, adalah salah satu wilayah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh muslim kenamaan, antara lain Ibnu Abi Hatim

Biografi sunting

Nama, Lahir dan Meninggal dunia sunting

Ibnu Abi Hatim atau nama sebenarnya Abu Muhammad Abdurrahman bin Muhammad Abi Hatim bin Idris bin Mundzir bin Dawud bin Mihran bin Al-Handhali Ar-Razi.[3][2][4] Dilahirkan di Rayy pada tahun 327 H. yang bersamaan dengan tahun 854 M. dan meninggal dunia pada tahun 327 H. bersamaan dengan 938 M.[2][4][1][3] Beliau dibesarkan oleh bapanya, Abu Hatim (195 H. - 277 H./811 M. - 890 M.), yang merupakan tokoh Islam yang besar pada zaman tersebut, terutamanya dalam bidang hadis beliau disebut sebagai seorang hafidh besar (bahasa Arab: الحافظ الكبير).[2][5]

Pendidikan dan Perjalanan Intelektual sunting

 
Masjdil Haram adalah salah satu tempat yang dikunjungi oleh Ibnu Abi Hatim Ar-Razi semasa menunaikan ibadah haji ketika usianya 15 tahun

Setelah menyelesaikan kajiannya terhadap Al-Qur'an, Ibnu Abi Hatim Ar-Razi mulai melakukan sedaya upaya dalam kerja-kerja mengumpul hadis daripada para ulama yang tinggal di tanah airnya, Rayy, seperti ayahnya sendiri, Abu Zur'ah, dan Ibnu Warah; mahupun ulama luar yang singgah di daerah tersebut, yang pada masa itu, kawasan Rayy merupakan pusat pengajian hadis.[5] Selain itu, pada tahun 255 H./868 M. atau bersamaan dengan usianya 15 tahun, beliau mengerjakan ibadah haji bersama bapanya, yang dilanjutkan kemudian dengan melakukan kunjungan ke Baghdad, Samara, Damsyik, Wasith dan Kufah dalam rangka mengumpulkan hadits, dan sempat berguru melalui Abdullah (213 H. - 290/828 M./903 M.), anak lelaki Imam Ahmad bin Hambal; menuntut ilmu melalui Abbas bin Muhammad Ad-Duri (200 H. - 271 H./816 M. - 884); juga menuntut ilmu melalui Utsman bin Sa'id Ad-Darimi (200 H. - 282 H./816 M. - 895 M.); dan lain-lain.[5][2]

Pada tahun 262 H. atau bersamaan dengan 875 M. Ibnu Abi Hatim menziarahi ke Mesir dan Syria; beliau menuntut ilmu melalui Ar-Rabi' bin Sulaiman, salah seorang ulama yang memiliki reputasi penting dalam menyebarkan fahaman Imam Syafie; menuntut ilmu melalui Muhammad bin Abdillah bin Al-Hakam (182 H. - 268 H./799 M. - 882 M.); dan lain-lain.[5] Berikutnya pada tahun 264 H./877 M. beliau kembali melakukan perjalanan melakukan pengumpulan hadis menuju ke Isfahan, dan menuntut ilmu melalui Shalih, anak lelaki Imam Ahmad bin Hambal; menuntut ilmu juga melalui Yunus bin Habib Al-Isfahani dan Ibnu Ashim; sebelum kemudian beliau kembali ke Rayy dan menetap di sana sehingga akhir hayatnya.[5]

Sumbangan dalam bidang keilmuan sunting

Ibnu Abi Hatim termasuk peribadi yang produktif; berikut beberapa karya penulisannya:

  1. Bayan Khatha' Muhamad ibnu Ismai'il Al-Bukhari fit Tarikh;
  2. 'Ilalul Hadis;
  3. Kitabul Jarh wat Ta'dil;
  4. Taqdimatul Ma'rifah lil Jarh wat Ta'dil;
  5. Ashlus Sunnah;
  6. Kitab Fadla'ilu Ahlil Bait;
  7. Kitabu Fawa'idur Raziyyin;
  8. Kitab Fawa'idul Kabir;
  9. Kitab Ar-Raddu 'alal Jahmiyah;
  10. Kitabut Tafsir;
  11. Tswabul A'mal;
  12. Zuhduts Tsamaniyah minat Tabi'in;
  13. Adabusy Syafi'i wa Manaqibuh;
  14. Kitab Makkah; dan,
  15. Manaqibu Ahmad.

Rujukan sunting

  1. ^ a b (Indonesia) Badri Yatim, “Abi Hatim, Abdurrahman,” dalam Ensiklopedia Islam, ed. Yunan Yusuf, dkk (Jakarta: Ichtiar Baru van Hoeve, 2005), I, hal. 45.
  2. ^ a b c d e {{{1}}} Abu Abdillah Muhammad Adz-Dzahabi, Tadzkiratul Huffadh (Beirut: Darul Kutub Al-Ilmiah, 1998), III, hal. 34.
  3. ^ a b c {{{1}}} Khairuddin Az-Zarkali, Al-A’lam (ttp: Darul Ilmi lil Malayin, 2002), III, hal. 324.
  4. ^ a b (Indonesia) Suryadi, Metodologi Ilmu Rijalil Hadis (Jogjakarta: Madani Pustaka Hikmah), hal. 115
  5. ^ a b c d e (Indonesia) Achmad Lutfi, "Pemikiran Hadis Ibnu Abi Hatim al-Razi," dalam Jurnal Pengajian Ilmu-ilmu Al-Qur'an dan Hadis (Jogjakarta: Jurusan Tafsir Hadis Fakulti Usuluddin UIN Sunan Kalijaga Jogjakarta), vol. 7, no. 2, Juli 2006, hal. 275