Idriss Déby
Idriss Déby Itno (18 Jun 1952–20 April 2021) ialah ahli politik dan pegawai tentera Chad yang berkhidmat sebagai Presiden Chad dari tahun 1990 hingga pembunuhan beliau pada tahun 2021.
Idriss Déby إدريس ديبي | |
---|---|
Presiden Chad ke-6 | |
Dalam jawatan 2 Disember 1990 – 20 April 2021 | |
Perdana Menteri | Jean Alingué Bawoyeu Joseph Yodoyman Fidèle Moungar Delwa Kassiré Koumakoye Koibla Djimasta Nassour Guelendouksia Ouaido Nagoum Yamassoum Haroun Kabadi Moussa Faki Pascal Yoadimnadji Adoum Younousmi Delwa Kassiré Koumakoye Youssouf Saleh Abbas Emmanuel Nadingar Djimrangar Dadnadji Kalzeubet Pahimi Deubet Albert Pahimi Padacké |
Naib Presiden | Bada Abbas Maldoum (1990–1991)[1][2] |
Didahului oleh | Hissè Habré |
Digantikan oleh | Mahamat Idriss Déby sebagai Pengerusi Majlis Peralihan Kuasa Ketenteraan (2021) |
Pengerusi Kesatuan Afrika | |
Dalam jawatan 30 Januari 2016 – 30 Januari 2017 | |
Didahului oleh | Robert Mugabe |
Digantikan oleh | Alpha Condé[3] |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Fada, Afrika Khatulistiwa Perancis (kini Chad) | 18 Jun 1952
Mati | 20 April 2021 Wilayah Tibesti, Chad | (umur 68)
Cause of death | Pembunuhan (tembakan) |
Parti politik | Gerakan Pergerakan Patriotik |
Pasangan | |
Anak |
|
Agama | Islam |
Kaum | Zaghawa |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Chad |
Cabang/khidmat | Tentera Darat |
Tahun khidmat | 1976–2021 |
Pangkat | Marsyal |
Latar belakang
suntingDéby adalah dari kumpulan etnik Zaghawa, khususnya , suku Bidyate. Beliau menambahkan Itno kepada namanya pada Januari 2006.
Kerjaya
suntingBeliau juga telah dilatih di sekolah tentera di Chad dan France, Deby bersekutu dengan Hissene Habre, ketua politik di bahagian utara, dalam perang saudara yang bermula pada tahun 1979. Semasa pemerntahan Habre, Deby dilantik menjadi ketua angkatan tentera. Setahun kemudian, Deby erjaya memusnahkan gerila pro-Libya di Chad timur. Habre menghantar beliau ke Paris pada tahun 1985 untuk latihan tentera da dia berjaya mendapatkan tempat ke-23 di kelasnya di École de Guerre. Apabila pulang, beliau menjadi kounselor peribadi Habre dan bekerja sebagai ketua keselamatan dan angkatan pertahanan. Deby menghadapi Libya sekali lagi pada tahun 1987, melengkapkan pertahanan beliau dengan pikap yang ringan dan laju supaya serangan menjadi berkesan dan efektif kepada kumpulan bersenjata yang berasal daripada jiran-jiran yang sering campur tangan. Beliau berpisah daripada Habre dalam 1989 berkenaan dengan peningkatan pengaruh kepada pengawal Presiden daripada tentera biasa. Habre menuduh Deby dan dua yang lain mengenai rampasan kuasa terhadap Habre. Beliau kemudiannya mengasaskan pergerakan gerila di Darfur, disokong oleh Sudan dan Libya. Menumpaskan Habre di mana ia kemudiannya berlindung di Senegal, pada 1990. Selepas tiga bulan dalam tempoh kerajan peralihan, pada 28 Februari 1991, Déby dilantik sebagai Presiden Chad ke-6. Déby telah 'dilantik semula' dalam 1996 dan 2001, tetapi pemerhati antarabangsa mendapati terdapat kesangsian dalam proses pilihanraya. Dalam Jun 2005, satu referendum telah berjaya diadakan untuk memadamkan perlembagaan yang menyatakan tempoh perkhidmatan dua penggal bagi presiden. Beliau adalah calon piihanraya presiden, yang dijadualkan 3 Mei, yang mana dipulaukan oleh pembangkang. Beliau menghadapi kakacauan dalaman iaitu ketegangan dengan jiran Sudan seawal 2006. Satu plot rampasan kuasa yang melibatkan kejadian tembak-jatuh kapal terbang (Mac 2006) dan juga pertempuran di N'Djaména, walaupun kerajaan berjaya menggagalkan rampasan kuasa berkenaan. Deby mengisytiharkan negaranya putus dengan Sudan, dengan menuduh Sudan ada terlibat dengan cubaan rampasan kuasa dan berkata bahawa pilihanraya Mei akan diteruskan.
Kematian
suntingPada 20 April 2021, Deby mengalami kecederaan parah akibat tembakan semasa menjadi komander menentang gerakan penentang FACT di utara Chad dan meninggal dunia, pada umur 68 tahun.[6]
Rujukan
sunting- ^ Lansford, Tom (25 April 2017). Political Handbook of the World 2016–2017. CQ Press. ISBN 9781506327150. Dicapai pada 22 November 2017 – melalui Google Books.
- ^ "Chiefs of State and Cabinet members of foreign governments / National Foreign Assessment Center. 1991Jan-June". hdl:2027/osu.32435024019754. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Guinea President Alpha Conde elected AU chair succeeding Deby". The Star Kenya. 30 January 2017.
- ^ "Chad president weds Janjaweed chief daughter". Wayback Machine. 21 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2012.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Chad: President Idriss Déby is killed in battle, after ruling for 30 years". The Africa Report.com. 20 April 2021. Dicapai pada 20 April 2021.
- ^ "Chad: President Idriss Déby dies, says national radio". The Africa Report.com (dalam bahasa Inggeris). 20 April 2021. Dicapai pada 20 April 2021.
Penyandang Terdahulu | Presiden Chad 2 Disember 1990 – 20 April 2021 |
Penyandang Kemudian |
Hissène Habré | Mahamat Déby Itno |