Ielias bin Ibrahim merupakan seorang pesara tentera Malaysia. Beliau terkenal kerana beliau merupakan satu-satunya askar dari Rejimen Askar Wataniah yang pernah dianugerahkan Panglima Gagah Berani. [1]

Ielias Ibrahim
PGB PKH PPA PPS BAT
Kelahiran (1956-04-30) 30 April 1956 (umur 67)
Batu 16, Batu Kurau, Taiping, Perak, Federation of Malaya
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan1976-1998
Pangkat Warrant Officer I
Jumlah perkhidmatan144520
UnitRejimen Askar Wataniah
Royal Ranger Regiment

Kerjaya tentera sunting

Beliau telah menyertai tentera pada 27 Disember tahun 1976 ketika beliau berusia 20 tahun dan telah diserapkan ke Platun 19, Kompeni D 11 dalam Rejimen Askar Wataniah. [2] Tugas utama unitnya ialah mengawal sekatan jalan raya dan mengawal tapak pembinaan Lebuhraya Timur-Barat yang melalui bandar Gerik, Perak.

Pada 15 Ogos tahun 1977, beliau telah terlibat dalam sebuah pertempuran yang menyebabkan beliau mendapat gelaran Panglima Gagah Berani. Unitnya yang terdiri daripada 5 orang askar (termasuk beliau) telah diberi tugas untuk mengangkut bekalan makanan ke suatu pos tentera. Dalam perjalanan, kumpulan beliau telah menemui seekor monyet yang mati di laluan yang mereka gunakan. Setelah memeriksa bangkai monyet tersebut, mereka mendapati bahawa monyet tersebut telah disembelih. Selepas menolak kemungkinan serangan hendap, unit tersebut menyambung perjalanan mereka tetapi secara tiba-tiba unit mereka menerima tembakan musuh. Lans Koperal Ahmad Zaki ditembak di paha, manakala Pvt Abdul Halim dan Pvt Tajudin kedua-duanya cedera parah dengan tembakan di dada. Pvt Ielias berjaya melompat dan mendarat di semak duri yang mencalarkan kornea luarnya.

Pihak musuh yang berjumlah sekitar 30 orang telah mengepung unit mereka bersenjatakan senapang automatik termasuk M16 yang dibekalkan oleh pihak Vietnam Utara. Walaupun mereka berada dalam posisi yang mampu membunuh kesemua ahli unit tersebut, mereka memilih untuk memaksa unit tersebut untuk menyerahkan diri. Salah seorang askar yang cedera, (sama ada Pvt Halim atau Tajudin) berjaya mendapatkan senapangnya dan cuba untuk meneruskan pertempuran tetapi musuh berkesan melumpuhkannya dengan mencederakan kedua-dua lengan dan bahunya. Tembakan pihak musuh terus menghujaninya sehingga dia melumurkan mukanya dengan darahnya sendiri. Lans Koperal Zaki yang cedera parah, cuba merayu kepada anak buahnya untuk menariknya ke sebuah tempat yang selamat. Wagaimanapun, Lans Koperal Zaki meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

Walaupun kebanyakan ahli dalam unit tersebut berada dalam keadaan yang tidak mampu untuk melawan, Pvt Ielias tidak goyah dan menemui perlindungan di sebalik sebuah timbunan sarang anai-anai, yang sangat keras dan diketahui mampu menahan api terus. Dia membawa senapang FN FAL dan meneruskan perjuangan dengan menembak musuh dari posisi strategik tersebut. Pertempuran tersebut berlangsung selama kira-kira 7 jam, di mana dia melepaskan hanya 5 das tembakan, dan berjaya membunuh 3 orang musuh. Daripada 5 tembakan beliau, hanya satu tersasar daripada sasaran dengan seorang musuh ditembak dua kali. Hasil daripada serangan strategik daripada Pvt Ielias, pihak musuh telah berundur dari kawasan itu sebaik sahaja mereka mengesan ketibaan bantuan ketenteraan.

Hasil daripada tindakan beliau dalam pertempuran itu, beliau telah dikurniakan Panglima Gagah Berani pada 29 Ogos tahun 1977 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra dan dengan Pingat Keberanian Handal oleh Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah, sultan Perak, pada 12 Disember tahun 1977.

Menjelang tahun 1977, ancaman daripada anasir komunis telah pun reda. Unit beliau telah dibubarkan dan dia dipindahkan ke Rejimen Renjer Diraja ke-9. Beliau bersara daripada Tentera Darat pada tahun 1998 dengan pangkat Sarjan Mejar Rejimen.

Kepujian sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fadzil, Firdaous (17 September 2016). "Reservist a hero at just 21, an inspiration ever since". The Star. Malaysia. Dicapai pada 17 December 2018.
  2. ^ "Retired officer put to tears watching remake of battle against communists". The Sun Daily. Malaysia. 31 July 2016. Dicapai pada 17 December 2018.
  3. ^ "PKH 1977". pingat.perak.gov.my. Dicapai pada 29 March 2022.