Ihy ialah dewa dalam mitologi Mesir purba untuk keseronokan bermain sistrum. Namanya bermaksud "pemain sistrum". Ini merujuk kepada hubungannya dengan dewi Hathor yang sering dipanggil ibunya. Simbol Ihy ialah sistrum dan rantai leher. Nama Ihy menggambarkan kegembiraan bermain alat muzik Hathor.[1]

Ihy
Simbol Sistrum
Maklumat peribadi
Ibu bapa

Dewi-dewi lain termasuk Isis, Sekhmet, dan Neith juga kadangkala menjadi ibunya mengikut legenda-legenda berbeza. Dewa perang Horus ialah bapa Ihy tetapi kadangkala dewa matahari Ra juga bapanya.[1] Ihy digambarkan sebagai kanak-kanak berbogel, berambut kerinting, memakai rantai dan memegang sistrum atau sebagai kanak-kanak berbogel dengan jarinya di dalam mulut. Dia disembah bersama Horus dan Hathor di Dendera.[2]

Maharaja Augustus pernah membina wad bersalin di kuil ibu Ihy, dengan gambar kelahiran dan perayaan Ihy dilukis di dinding. Ihy juga dewa roti, bir, keranda, dan "Kitab orang mati".[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Zahan, S. (2018). Mishor (Egypt). Kolkata, India: Aranyaman. m/s. 51–52. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. m/s 132–133

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Ihy di Wikimedia Commons