Ilusi Hati ialah novel yang ditulis oleh Haiza Najwa dan diterbitkan oleh Alaf 21, anak syarikat Karangkraf.

Ilusi Hati
Ilusi Hati
Ilusi Hati
Umum
PengarangHaiza Najwa
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
SubjekNovel
GenreKisah cinta
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Jenis media
Buku kulit nipis

Jalan cerita sunting

Joshua anak arwah Francis merupakan anak saudara kepada Franklin Goonting. Dipaksa menikahi Syaskila anak kepada Franklin kerana Syaskila begitu mencintai sepupunya itu. Manakala Jasmine pula dipaksa ibu angkatnya menikahi abang angkat yang sangat menyayanginya iaitu Firdaus. Kedua-dua insan yang tidak ada kena mengena ini mengalami tekanan psikologi yang amat berat lalu memandu dengan cara yang tidak konsisten dan amat berbahaya di pihak Jasmine. Dengan takdir Tuhan, kedua-dua kereta bertembung dan mereka melanggar satu sama lain. Kedua-dua koma. Mereka diletakkan di kamar bersebelahan di Pusat Perubatan Pantai. Ketika terperangkap dalam alam koma, Jasmine yang sejak kecil mempunyai kebolehan bertelepati mampu mencapai fikiran Joshua dan mereka mulai bertelepati. Akhirnya kasih sayang terpupuk dan mereka saling merasakan ada cinta di hati masing-masing. Sedar dari alam koma, masing-masing saling mencari. Beberapa kali bertembung namun mereka menolak intuisi masing-masing dan membiarkan diperdaya oleh rakan Jasmine, Marlia yang mengaku bahawa dialah yang bertelepati dengan Joshua. Jasmine yang sudah tahu bahawa Joshuala pria yang dicintainya terpaksa tunduk pada kemauhan Jasmine atas dasar setiakawan lalu merahsiakan pada Joshua bahawa dialah Jasmine yang sedang dicari Joshua. Pada malam perkahwinan barulah Joshua dapat tahu yang Marlia bukan pesakit yang bertelepati dengannya kerana saat Marlia sedang merawat wajahnya di hadapan cermin, dia yang dalam keadaan separa sedar antara tidur dan jaga tiba-tiba dihubungi Jasmine melalui telepati. Lalu Joshua mula berdendam kerana dipermainkan oleh kedua-dua wanita ini.

Pautan luar sunting