Kumpulan In-Track merupakan sebuah kumpulan nasyid yang berasal dari Malaysia.

In-Track
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genrenashid
PekerjaanVokal
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
Laman utama
AhliZUL ZAMRI, FADZRIL, AJMAL, SYARIF, ASSAFFUADIN


Ahli-ahli kumpulan In-Track terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dipertemukan melalui satu ujibakat untuk menyertai Festival Nasyid Kemerdekaan Antara IPTA anjuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada tahun 2009. Pada awalnya, kumpulan In-Track, ketika itu dikenali sebagai kumpulan Da’My bagi mewakili UNIMAS dan berjaya mara ke peringkat akhir festival nasyid tersebut.

Bertitik tolak dari pertemuan itu, ikatan ukhwah mula terjalin antara anggota malah kesenorokan menyampaikan dakwah melalui lontaran vokal harmoni mula terasa. Setelah mengadakan musyawarah, ahli-ahli kumpulan In-Track mencapai kata sepakat untuk mengabadikan ukhuwah dan dakwah dalam suatu bentuk kompilasi yang boleh dikongsi bersama-sama. Album pertama In-Track telah diterbitkan pada (2010-02-06) 6 Februari 2010 (umur 14) hasil usaha dan modal yang dikeluarkan sendiri oleh anggota-anggota In-Track.

Pemilihan nama In-Track adalah melalui satu proses musyawarah yang panjang sebelum bersetuju bagi meilih nama In-Track. Pemilihan nama tersebut disifatkan unik kerana melalui satu perkataan, beberapa maksud dan interpretasi dapat dilahirkan.

Perkataan In-Track berasal dari perkataan inggeris interact yang bermaksud interaksi atau berkomunikasi. Interaksi yang dimaksudkan ialah hubungan dua hala antara In-Track dan para pendengar. Selain itu, In-Track juga mempunyai maksud dalam landasan atau laluan. Menerusi lagu dan muzik, jelas In-Track ingin menyampaikan kepada pendengar bahawa landasan yang tepat ialah berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah. Perkataan track juga membawa maksud data atau sering merujuk kepada lagu-lagu di dalam cakera padat. Dalam erti kata lain, segala mesej yang ingin disampaikan terkandung di dalam lagu-lagu dendangan In-Track.

Album sunting

Pautan luar sunting