Initial D adalah filem aksi permotoran Hong Kong 2005 yang diarahkan oleh Andrew Lau dan Alan Mak. Ia adalah adaptasi filem siri manga Jepun Initial D. Watak utama, Takumi Fujiwara, digambarkan oleh Jay Chou dalam debut filemnya.[3]

Initial D
Tradisional頭文字D
Ringkas头文字D
MandarinTōu Wén Zì D
KantonisTau4 Man4 Zi6 D
Fail:InitialD.jpg
PengarahAndrew Lau
Alan Mak
Lakon layarFelix Chong
Cerita olehShuichi Shigeno
Dihasilkan olehAndrew Lau
Dibintangi
SinematografiLai Yiu-fai
Andrew Lau
Disunting olehWong Hoi
Muzik olehChan Kwong-wing
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMedia Asia Distribution
Tarikh tayangan
  • 23 Jun 2005 (2005-06-23)
Masa tayangan
110 minutes
NegaraHong Kong
BahasaCantonese
BajetUS$12 million[1]
Pecah panggungUS$10,793,051[2]

Sinopsis sunting

Takumi Fujiwara adalah pelajar sekolah menengah yang telah menghantar tauhu ke sebuah resort di atas Gunung Akina dengan memandu Toyota Sprinter Trueno GT-Apex (AE86) milik ayahnya iaitu Bunta. Beliau juga bekerja sambilan di sebuah stesen minyak di mana rakannya Itsuki, anak pemilik stesen minya dan seorang pelajar sekolah tinggi, bercita-cita untuk menjadi pelumba jalanan. Natsuki Mogi, teman sekelas yang menarik, tersenyum semasa dia berjalan dengan Takumi, tetapi dia telah diam-diam pergi dengan seorang lelaki dikenali sugar daddy yang memandu Mercedes Benz.

Pelumba jalanan Takeshi Nakazato dari Myogi NightKids, yang memandu Nissan Skyline GT-R (BNR32), dan Ryousuke Takahashi dari -Akagi RedSuns, yang memandu Mazda RX-7(FC3S), bercakap tentang berlumba satu sama lain selepas mereka mengalahkan persaingan di Gunung Akina. Apabila Takeshi melawat stesen minyak untuk mengeluarkan satu tentangan kepada Raja Terpantas Gunung Akina, Itsuki (dengan Takumi) tiba untuk mempertahankan gelaran itu, tetapi dalam perlumbaan berikutnya, Itsuki tidak mahir pada selekoh pertama dan telah merosakkan Nissan Silvia S-13 miliknya. Walau bagaimanapun, Takeshi kemudian dikalahkan dalam perlumbaan tidak rasmi oleh AE86. Takeshi kembali ke stesen minyak untuk bertanya siapa pemilik AE86 itu. Yuuchi meminta Bunta jika dia masih boleh berlumba lagi; dia belajar bahawa Takumi telah memandu AE86 selama lima tahun yang lalu dan telah meningkatkan kemahiran lumba beliau. Natsuki mahu pergi ke pantai dengan Takumi, jadi Bunta bersetuju untuk meminjamkan kereta itu dan mengisi tangki gas dengan syarat dia memenangi perlumbaan menentang Takeshi di Gunung Akina.

Dengan Ryousuke, Itsuki, dan Akagi RedSuns dan Myogi NightKids yang lain melihat perlumbaan, Takumi mengalahkan Takeshi pada perlumbaan menurun bukit. Dia dan Natsuki menikmati masa bersama yang menyenangkan di pantai. Itsuki membeli sebuah Trueno untuk sendiri dan meminta Takumi untuk mengajarnya bagaimana untuk berlumba. Ketika di tengah bawah gunung, Seiji Iwaki dari Pasukan Emperor yang memandu Evo IV, memaki dan kemarahan Takumi menyebabkan dia berlumba dan mengalahkan Seiji denagan menggunakan kereta Itsuki menyebabkan kereta Seiji berputar dan berlanggar di penghadang jalan.

Takumi mendapati bahawa kereta Itsuki tidak seperti kereta bapanya, yang mana Ryousuke memberitahu dia telah diubahsuai. Takumi setuju untuk berlumba dengan Ryousuke dalam tiga minggu tetapi ketika menuruni bukit, ketua pasukan Emperor, Kyouichi Sudo dalam Evo III memotong Takumi; untuk memaksa berlumba, enjin AE86 rosak. Ryousuke memberitahu Takumi bahawa dia akan mencabar Kyouichi, dan menawarkan Takumi untuk meminjamkan salah satu keretanya, tetapi Takumi menolak dan ingin menggunakan AE86 sendiri untuk berlumba. Bunta memberitahu Takumi bahawa Natsuki melawat kampung halamannya selama dua minggu. Bunta dan Yuuichi pergi melihat AE86 yang dilengkapi dengan enjin baru 4A-GE. Setelah siap dibaiki, Takumi bergelut dengan kereta yang diubah suai dengan baik sehingga Bunta menunjukkan kepadanya cara memanfaatkan enjin yang baru.

Selepas melihat Natsuki dengan lelaki yang memandu Mercedes Benz yang datang dari hotel, Itsuki memberitahu Takumi bahawa Natsuki adalah pelacur, yang menyebabkan Takumi marah dan mereka bergaduh. Tengahari sebelum perlumbaan, dia fikir dia melihat Natsuki dalam kereta Mercedes Benz di lintasan kereta api, tetapi tidak dapat mengejar mereka. Dia kemudian menelefon Natsuki, yang memberitahu dia akan kembali malam ini, tetapi dengan lelaki yang Mercedes Benz yang Natsuki memberitahu dia bahawa mereka tidak mahu berjumpa satu sama lain lagi.

Pada perlumbaan, Ryousuke menawarkan Takumi untuk berpasukan mengalahkan Kyouichi, tetapi Takumi menolak. Semasa perlumbaan, Ryousuke membolehkan Kyouichi mendahuluinya dan kemudian mengikuti dengan teliti. Ryousuke dan Takumi menggunakan trik longkang untuk memotong Kyouichi. Walaupun mesej amaran seorang pemandu naik ke bukit, Kyouichi's E3 cuba memotong kedua-dua kereta tetapi terpaksa memasuki jalan semak-samun dan mengalami kemalangan Ryousuke memotong Takumi di lima selekoh pusing. Bunta menjelaskan kepada para pemerhati bahawa tayar FC kehilangan cengkaman dan terserah kepada Takumi untuk bersaing dengan dirinya sendiri dan bukan lawannya. Takumi melakukannya dengan memotong Ryousuke pada selekoh terakhir untuk memenangi perlumbaan.

Ryousuke menawarkan Takumi untuk menyertai pasukan lumba barunya, tetapi Takumi menolak dan pergi melihat Natsuki. Walau bagaimanapun, dia melihat lelaki Mercedes menurunkan Natsuki dengan pelukan. Takumi dan Natsuki melihat satu sama lain tetapi Takumi melarikan diri, manakala Natsuki mengejar sehingga jatuh dan menangis. Takumi berkeliaran jauh dalam keadaan sedih dan kecewa. Takumi menelefon Itsuki untuk meminta maaf dan kemudian menelefon Ryousuke untuk menerima tawarannya untuk menyertai pasukan Ryousuke seperti di dalam Manga atau Anime (Projek D).

Pelakon sunting

 
Jay Chou membuat debut filemnya dalam Initial D
  • Jay Chou sebagai Takumi Fujiwara (藤原拓海), anak kepada Bunta dan kawan kepada Itsuki
  • Anthony Wong sebagai Bunta Fujiwara (藤原文太), ayah kepada Takumi, seorang bekas pelumba kereta yang kini menjalankan perniagaan kedai tauhu
  • Edison Chen sebagai Ryousuke Takahashi (高橋涼介), ketua Akagi RedSuns
  • Shawn Yue sebagai Takeshi Nakazato (中里毅), ketua Myogi NightKids
  • Chapman To as Itsuki Tachibana (武内树), rakan kepada Takumi dan ketua Akina SpeedStars. Ayahnya memiliki sebuah stesen minyak
  • Jordan Chan as Kyouichi Sudou (須藤京一), ketua pasukan Emperor
  • Anne Suzuki sebagai Natsuki Mogi (茂木夏樹), rakan sekelas Takumi.
  • Kenny Bee as Yuuichi Tachibana (立花佑一), pimilik sebuah stesen minyak dan rakan kepada Bunta
  • Tsuyoshi Abe sebagai Kenji (健二), seorang petugas stesen minyak dan ahli Akina SpeedStars
  • Liu Keng Hung|Will Liu sebagai Seiji Iwaki (岩城清次), ahli pasukan Emperor
  • Chie Tanaka as Miya (美也), seorang perempuan petugas stesen minyak dan teman wanita kepada Itsuki
  • Kazuyuki Tsumura as Mr. X, sugar daddy kepada Natsuki

Penerbitan sunting

 
Kedai Tauhu Fujino Store di Gunma, yang telah dinamakan semula dan dimodelkan kepada Kedai Tauhu Fujiwara untuk filem.[4][5]

Hong Kong, Taiwan, Jepun, dan Amerika (dianggap versi yang sama di semua negara berbahasa Inggeris) masing-masing mempunyai soundtrack yang berbeza.

Kereta sunting

Berikut merupakan kereta yang digunakan dalam filem tersebut,

Kesinambungan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Initial D: The Little Comic That Could". YesAsia. 27 Julai 2005. Dicapai pada 10 April 2014.
  2. ^ "TAU MAN JI D (INITIAL D)". Box Office Mojo. Dicapai pada 10 April 2014.
  3. ^ Desk, BWW News. "AdShare Signs 'King Of Asian Pop' Jay Chou". broadwayworld.com. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  4. ^ "Initial D World - Discussion Board / Forums – History of Fujiwara Tofu Shop". idforums.net. Dicapai pada 19 April 2016.
  5. ^ "The Real Life Initial D On Display - Speedhunters". Speedhunters. Dicapai pada 19 April 2016.