Insiden bas Azad Kashmir

Pada 3 November 2021, bas dengan 40 tempat duduk menuju ke Rawalpindi yang membawa lebih 30 penumpang telah jatuh ke dalam parit di Pallandri, Daerah Sudhanoti, Azad Jammu dan Kashmir. Insiden ini mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak serta tujuh yang lain cedera.[1][2][3][4]

Bas itu telah memulakan perjalanan dari Ibu Pejabat Tehsil Baloch dan selepas perjalanan yang sukar sejauh 7 km, kenderaan itu mengalami masalah teknikal. Bas itu mula melanggar gunung di sebelah kiri jalan dan kemudian tiba-tiba berpusing dan jatuh ke dalam parit sedalam lebih 500 meter. Seorang lelaki yang menjual pakora berhampiran tempat kejadian telah memaklumkan ketua agama kampung Majhiari yang tinggal kira-kira 2 km dari Baloch menerusi telefon bimbitnya. Mereka mengumumkan perkara ini melalui pembesar suara dan ketua agama menyeru penduduk setempat melancarkan operasi menyelamat bagi membantu mangsa.[3]

Lima yang cedera telah dipindahkan ke daerah Kotli manakala tiga lagi telah dipindahkan ke Pusat Kesihatan Baloch.[5] Seorang daripada yang cedera meninggal dunia akibat kecederaannya. Pada kesempatan itu, pemimpin PML-N dan bekas Menteri Azad Jammu dan Kashmir Sardar Farooq Ahmed Tahir turut tiba di lokasi bersama pasukan penyelamat.[3] Kemalangan adalah perkara biasa di kawasan tersebut terutama di kawasan luar bandar oleh kerana keadaan jalan raya tersebut yang uzur.[6]

Bulan lalu, 32 penumpang, termasuk empat pelajar mengalami kecederaan dalam dua kemalangan di daerah Poonch dan Neelum, manakala kemalangan ketiga di Muzaffarabad mencederakan 10 orang.[3]

Perdana Menteri Azad Kashmir, Sardar Abdul Qayyum Khan Niazi dan Presiden PML-N dan Ketua Pembangkang Shahbaz Sharif melahirkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam atas kehilangan nyawa dalam kemalangan tragik itu dan mendoakan agar mangsa yang cedera segera pulih.[7] Sardar Abdul Qayyum Khan Niazi mengarahkan pentadbiran untuk mempercepatkan operasi bantuan. [8]

Rujukan

sunting
  1. ^ "آزاد کشمیر میں بس کا خوفناک حادثہ، خواتین و بچوں سمیت 27 افراد جاں بحق، 7 زخمی". jang.com.pk.
  2. ^ "Azad Kashmir bus plunges into ravine, 27 killed | SAMAA". Samaa TV.
  3. ^ a b c d Naqash, Tariq (3 November 2021). "22 killed as Rawalpindi-bound bus falls into ravine in AJK". DAWN.COM.
  4. ^ "23 dead as bus plunges into ravine in Azad Kashmir". Dunya News (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "23 die as coach plunges into ravine in Azad Kashmir". www.geo.tv.
  6. ^ "23 killed as bus plunges into ravine in Pakistan-administered Kashmir". www.aa.com.tr (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "شہباز شریف کامسافر بس کے حادثے پر اظہار افسوس". UrduPoint.
  8. ^ "23 dead as bus plunges into ravine in Azad Kashmir" (dalam bahasa Inggeris). 3 November 2021.