Institut Pendidikan Teknikal Brunei

institusi pasca-menengah di Brunei

Institut Pendidikan Teknikal Brunei, atau lebih dikenali sebagai IBTE (singkatan bagi bahasa Inggeris Institute of Brunei Technical Education), merupakan institusi pendidikan pasca-menengah di Brunei yang menawarkan program teknikal dan vokasional. Ianya ditubuhkan pada tahun 2014 dengan menggabungkan tujuh institusi pendidikan teknikal dan vokasional awam di Brunei yang sebelum ini beroperasi secara bebas di bawah pengendalian Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan.[1]

InstitusiSunting

Terdapat tujuh kampus di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei, yang mana sebelumnya merupakan institusi pendidikan teknikal dan vokasional awam yang beroperasi secara bebas.[1]

Kampus Nama asal Lokasi (Daerah)
IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal Brunei dan Muara
IBTE Kampus Jefri Bolkiah Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah Belait
IBTE Kampus Nakhoda Ragam Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam Brunei dan Muara
IBTE Kampus Sultan Bolkiah Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah Belait
IBTE Kampus Agro-Teknologi Sekolah Vokasional Wasan Brunei dan Muara
IBTE Kampus Bisnes Sekolah Perdagangan Brunei dan Muara
IBTE Kampus Mekanikal Pusat Latihan Mekanik Brunei dan Muara

RujukanSunting

  1. ^ a b "NETWORK OF TWO SCHOOLS". ibte.edu.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-27.

Pautan luarSunting