Ismail Kassim (Penyanyi)
Ismail Kassim atau nama sebenarnya Mohammed Kassim Manjoorshah (1916 - 18 September 1994) merupakan penyanyi melayu pada era 50an, terkenal dengan lagunya "Hassan Hasnah" dan merupakan suami dari pada penyanyi melayu wanita, Nona Asiah.
Ismail Kassim | |
---|---|
Kelahiran | Mohammed Kassim Manjoorshah 1916 |
Meninggal dunia | 18 September 1994 Hospital Tan Tock Seng Besar, Singapura | (umur 77–78)
Sebab kematian | Kemalangan Jalan Raya |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1950an-1994 |
Terkenal kerana | kerana lagu popularnya Hassan Hasnah |
Pasangan | Siput Sarawak (k. 1945; c. 1947) Nona Asiah (k. 1955–1994) |
Anak-anak | Murni Sarawak Indra Shahril Iskandar Mirza Ismail |
Keluarga | Erna Wati Sorianto (Menantu) |
Biografi
suntingMohammed Kassim Manjoorshah atau lebih dikenali sebagai Ismail Kassim dilahirkan pada tahun 1916. Beliau mula kerjayanya sebagai penyanyi, Beliau bersama Isteri keduanya, Nona Asiah. Antara lagu popular ialah Hassan Hasnah.
Pada tahun 1953, sebuah Majlis bagi menyambut hari jadi Pengurus Garuda Airlines yang pertama di Singapura telah diadakan di rumah kediamannya. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang artis seperti P. Ramlee, Nona Asiah, S. Roomai Noor, Raden Sudiro, Raden Rafeah, Ismail Kassim dan ramai lagi. Mereka telah membuat persembahan istimewa untuk Pengurus Garuda Airlines itu. Para artis sedang menyanyi sebuah lagu beramai-ramai. Dari kanan P. Ramlee, Nona Asiah, Ismail Mu Kassim, dengan iringan muzik dari Wandly Yazid (bermain clarinet) dan Rahmat Ali (bermain trompet). Di celah antara Nona Asiah dan P. Ramlee adalah Raden Rafeah, kakak kepada Julie Sudiro. Ketika gambar ini diambil, Ismail Kassim dan Nona Asiah sebelum bergelar suami isteri.[1]
Beliau pernah berkahwin dengan Siput Sarawak dan mendirikan rumahtangga pada tahun 1945. Semasa ia berkawin dengan Siput Sarawak (1921-1999), mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Murni Sarawak (1948-2016), namun jodoh mereka tidak berkekalan dan akhirnya berpisah pada tahun 1948. Namun beliau berkahwin lagi dengan Nona Asiah hingga akhir hayatnya.
Kematian
suntingPada 17 September 1994, Ismail Kassim mengalami kemalangan motosikal pada saat dalam perjalanan ke rumahnya di Kheam Hock Road, Singapura. Beliau dirempuh sebuah kereta yang sedang berbelok ke kanan ke Trevose Crascent kira-kira 4.00 petang. Beliau dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng, Singapura.[2]
Namun, Pada 18 September 1994, Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 5.50 petang. Punca kematiannya diakibatkan pendarahan di telinga, hidung dan mulut.[3]
Sementara itu, anak Allahyarham, Iskandar Mirza Ismail berkata bapanya tidak menghidapi sebarang penyakit dan berada dalam keadaan sihat sebelum kemalangan itu. "Dia baru berjumpa doktor tiga minggu lalu dan menurut doktor dia berada dalam keadaan sihat" kata Iskandar, yang ditemui di hospital. Seorang lagi anak Allahyarham, Indra Shahril Ismail pula berkata bapanya kelihatan seperti biasa pagi itu sebelum beliau keluar untuk berjumpa rakannya. Sementara itu, isteri Allahyarham, Nona Asiah pula tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapat tahu berita kematian suaminya. Nona Asiah terpaksa disorong dengan kereta roda kerana terkejut menerima berita tersebut. Menurut Nona Asiah, Allahyarham mendesak ingin bergambar bersamanya pada pagi sebelum kemalangan itu berlaku.[4]
Diskografi
sunting- Hassan Hasnah (Ismail Kassim & Nona Asiah)
- Ice Lilin (Ismail Kassim & Miss Tarminah)
- Sejak Bertemu (Ismail Kassim & Nona Asiah)
Rujukan
sunting- ^ "Famili Artis-Artis Legenda - P. RAMLEE, NONA ASIAH DAN RAKAN2 ARTIS DI MAJLIS HARI JADI. Pada tahun 1953, sebuah Majlis bagi menyambut hari jadi Pengurus Garuda Airlines yang pertama di Singapura telah diadakan di rumah kediamannya. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang artis seperti P. Ramlee, Nona Asiah, S. Roomai Noor, Raden Sudiro, Raden Rafeah, Ismail Mu Kassim dan ramai lagi. Mereka telah membuat persembahan istimewa untuk Pengurus Garuda Airlines itu. Dalam gambar menunjukkan para artis sedang menyanyi sebuah lagu beramai2. Dari kanan (berdiri): P. Ramlee, Nona Asiah, Ismail Kassim, dengan iringan muzik dari Wandly Yazid (bermain clarinet) dan Rahmat Ali (bermain trompet). Di celah antara Nona Asiah dan P. Ramlee adalah Raden Rafeah, kakak kepada Julie Sudiro. Ketika gambar ini diambil, Ismail Kassim dan Nona Asiah belum lagi bergelar suami isteri. Jika kita lihat pada gambar ini, microphone buatan tahun 50an lebih power dan mudah menangkap suara penyanyi. Sepasang penyanyi duet mampu menyanyi dengan hanya menggunakan sebuah microphone sahaja, jika dibandingkan dengan microphone di zaman ini. | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-05-08.
- ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-08.
- ^ "Penyanyi Ismail Kasim meninggal dunia | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-05-08.
- ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-08.