Istana Bakhchisaray

Istana Khan atau Hansaray terletak di bandar Bakhchysarai, Crimea. Ia telah dibina pada kurun ke-16 dan menjadi kediaman rasmi bagi para khan di Crimea. Di dalam pagar bertemboknya mengandungi sebuah masjid, sebuah harem, sebuah perkuburan, bangunan kediaman dan taman-taman. Bahagian dalaman istana telah dihias dengan gambaran gaya tradisi kaum Tatar Crimea pada kurun ke-16. Ia merupakan salah sebuah istana Muslim yang terdapat di Eropah, selain daripada Istana Topkapı, Istana Dolmabahçe, Istana Yıldız, Istana Aynalıkavak, Istana Edirne, Istana Çırağan di Turki dan Alhambra di Sepanyol.

Istana Khan di Bakhchisaray
Nama asal
Bahasa Tatar Crimea: Han Saray
Istana Bakhchisaray
LokasiBakhchysarai, Crimea
Koordinat44°44′55.22″N 33°52′55.06″E / 44.7486722°N 33.8819611°E / 44.7486722; 33.8819611Koordinat: 44°44′55.22″N 33°52′55.06″E / 44.7486722°N 33.8819611°E / 44.7486722; 33.8819611
Dibina pada1532
Gaya binaanSenibina Uthmaniyyah
JenisBudaya
Kriteriai, iii, v, vi
Direka bentuk pada2003

Sejarah sunting

Kota Bakhchisaray dan istananya telah dibina oleh dinasti Khan Crimea, yang mana telah memindahkan ibu negara mereka ke sini daripada Salaçıq pada separuh pertama kurun ke-16. Rekabentuk kompleks istana dan menara telah dibina oleh para arkitek Uthmaniyyah, Parsi dan Itali. Kerosakan selepasnya memerlukan pembinaan semula, akan tetapi strukturnya masih menyerupai bentuk asal. Beberapa bangunan yang terdapat sekarang ditambah selepas pembinaan asal, terdapat juga beberapa bangunan asal yang tidak mampu bertahan selepas kurun ke-18.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting