Istana Hulu
istana lama di Perak
Istana Hulu atau juga dikenali sebagai Istana Kota atau Istana Hijau terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Ia terletak berhampiran Masjid Ubudiah. Siap dibina pada 1903, ia merupakan tempat bersemanyam Almarhum Sultan Idris I. Kemudian ia diduduki oleh Almarhum Sultan Abdul Jalil Shah, seterusnya Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Pada tahun 1954, Istana ini telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan pada tahun 1970, ia telah dijadikan Sekolah Kebangsaan Istana kota dan kemudiannya kepada Sekolah Raja Perempuan Muzwin. Kini, Istana Hulu telah diubahsuai menjadi Galeri Sultan Azlan Shah, salah satu tempat pelancongan di Kuala Kangsar, Perak.