Istana Keamanan dan Kedamaian

Istana Keamanan dan Kedamaian (Bahasa Kazakh: Бейбітшілік пен келісім сарайы, Beýbitşilik pen kelisim saraýı), juga diterjemahkan sebagai Piramid Keamanan dan Keharmonian, ialah sebuah piramid dengan ketinggian 77 meter di Nursultan, ibu negara Kazakhstan, yang digunakan sebagai pusat rohaniah kebangsaan tidak berdominasi dan tempat mengadakan acara. Direka cipta oleh Foster and Partners,[1] dengan puncak dan tingkap kaca berwarna oleh pelukis seni bina Brian Clarke,[2] istana tersebut dibina untuk menempatkan Kongres Pemimpin Dunia dan Agama Tradisional yang berlaku setiap tiga tahun, dan disiapkan pada tahun 2006.[3]

Istana Keamanan dan Kedamaian
Бейбітшілік пен келісім сарайы
Map
Nama alternatifPiramid Keamanan dan Keharmonian
Maklumat umum
StatusSiap
LokasiNursultan, Kazakhstan
Koordinat51°7′23″N 71°27′49″E / 51.12306°N 71.46361°E / 51.12306; 71.46361Koordinat: 51°7′23″N 71°27′49″E / 51.12306°N 71.46361°E / 51.12306; 71.46361
Pembinaan bermula2004
Disiapkan pada
2006
PembukaanSeptember 1, 2006
PemilikBandar Nursultan
Maklumat ketinggian
Bumbung62 m (203 ka)
Butiran teknikal
Keluasan tingkat
28,000 m2 (300,000 ka2)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekFoster and Partners
Jurutera penstrukturan
Buro Happold

Sejarah sunting

Dibina oleh Sembol Construction dengan harga kos 8.74 billion tenge Kazakh (kira-kira 58 juta USD), projek tersebut dihasilkan sebagai tempat perlakuan kekal bagi Kongres Pemimpin Dunia dan Agama Tradisional, yang bertemu setiap tiga tahun di sekeliling sebuah meja bulat yang besar di puncak piramid tersebut. Pada tahun 2011 dan tahun 2013, Majlis Filem Aksi Astana Antarabangsa diadakan pada tempat tersebut.

Bangunan sunting

Bahagian piramid daripada bangunan tersebut adalah 62 meter tinggi dan terletak di atas sebuah blok setinggi 15 meter yang ditutup oleh tanah. Semua pembinaan ini di atas tanah. Walaupun landskap taman dinaikkan untuk menutup tingkat yang lebih rendah, ia bukan ruang bawah tanah.

Bangunan tersebut terdiri daripada lima "tingkat" segi tiga, yang mana setiap segi tiga adalah 12 meter pada setiap sisi. Bahagian yang bawah, tiga "tingkat" segi empat, dilitupi oleh granit. Dua barisan atas yang bersegi tiga, empat segi tiga setiap sisi, dilitupi dengan kaca berwarna seluas 9700 kaki persegi,[4] sebuah seni lukisan oleh pelukis seni bina Brain Clarke yang membetuk puncak yang bercahaya,[5] dan mengandungi gambaran merpati berterbangan yang dicetak skrin bercahaya diperbuat oleh tembikar,[6] sama dengan dua puluh lapan tingkap berkaca berwarna berbentuk layang-layang pada keempat-empat sisi di tingkat bawahan bangunan tersebut, berjumlah 1076 kaki persegi.

Piramid berkenaan dibina dengan rangkai besi dan konkrit untuk tingkat-tingkat bawah. Jurutera-jurutera terpaksa mereka bentuk bangunan tersebut untuk menahan perkembangan dan pengecutan disebabkan oleh kepelbagaian suhu yang melebihi 80 darjah Celsius, daripada -40 hingga 40 darjah Celcius - menyebabkan perkembangan bangunan tersebut sebanyak 30 sentimeter.[7] Disebabkan oleh suhu melampau bandar tersebut, jurutera-jurutera berkenaan mengunci satu bucu piramid tersebut, dan meletakkan ketiga-tiga bucu yang lain atas bantalan jambatan, sebuah teknik yang biasa digunakan untuk membina jambatan, tetapi digunakan dalam bangunan untuk kali pertama.[8]

Piramid itu mengandungi kemudahan untuk agama-agama berlainan: Agama Yahudi, Agama Islam, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu, Taoisme, dan kepercayaan yang lain. Ia juga menempatkan sebuah dewan opera dengan 1,300 tempat duduk,[9] sebuah muzium budaya, sebuah "universiti tamadun" yang baru, sebuah perpustakaan dan sebuah pusat kajian untuk suku kaum etnik dan geografi Kazakhstan. Kepelbagaian ini disatukan dalam bentuk sebuah piramid, dengan ketinggian 62 meter dan dasar seluas 62 x 62 meter. Bangunan berkenaan dihasilkan sebagai pusat antarabangsa untuk kefahaman keagamaan, penolakan keganasan dan penggalakkan kepercayaan dan kesaksamaan manusia.

Piramid Keamanan menunujukkan semangat Kazakhstan, di mana budaya, tradisi dan pewakil pelbagai kewarganegaraan wujud dalam keamanan, kedamaian dan keharmonian. Dimandi dengan sinaran keemasan dan kebiruan daripada kaca berwarna (warna yang diambil daripada bendera Kazakhstan), 200 pewakil dari agama dan kepercayaan utama dunia akan bertemu setiap tiga tahun dalam sebuah ruang bulat berdasarkan bilik perbincangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Bangunan tersebut direka cipta oleh jurubina British, Foster and Partners (reka cipta utama). Firma seni bina Turki, Tabanlıoğlu Architects, membuat pakej maklumat seni bina untuk seni bina Foster dan jurutera-jurutera Buro Happold membuat seni bina bangunan dan perkhidmatan utama.[1] Kumpulan Foster dipimpin oleh jurubina Nigel Dancey, Peter Ridley dan Lee Hallman. Sembol Construction membuat perjanjian Hias dan Bina, dan akhirnya bertanggungjawab untuk hiasan dan persiapan terkahir, beberapa yang amat berbeza daripada niat Foster dan Tabanlıoğlu (Tabanlioglu). Reka bina dewan dan peralatan perlakuan dibuat oleh Anne Minors Performance Consultants dan akustik oleh Sound Space Design.

Galeri sunting

Juga lihat sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Istana Keamanan dan Kedamaian Foster + Partners
  2. ^ Piramid Keamanan Foster sudah siap Architects Journal
  3. ^ Foster mereka cipta piramid keamanan The Times, The Sunday Times
  4. ^ Architecture - Glass - Art. Munich: Hirmer. m/s. 234. ISBN 978-3-7774-5251-7.
  5. ^ Astana ialah sempadan reka cipta masa depan Moore Rowan, The Guardian
  6. ^ Piramid kaca yang menunjukkan cita-cita Kazakhstan BBC
  7. ^ Istana Keamanan dan Kedamaian di Astana architectism.com
  8. ^ Astana: Ibu negara terpelik Daisy Carrington
  9. ^ Dewan Opera Istana Keamanan dan Kedamaian

Pautan luar sunting