Buka menu utama

KelayakanSunting

Orang yang layak berstinbat ialah para fuqaha (ulama fiqh), yakni mereka yang benar-benar mengetahui dan menguasai kaedah-kaedahnya. Mereka dituntut untuk menguasai sumber-sumber hukum Islam, iaitu: al-Quran, Sunnah, Ijma’, pendapat (aqwal) Sahabat Nabi, Qiyas, Masalih mursalah, dan lain-lain. dan mendapat perstujuan dari ulama lainnya karena pertimbangan ilmu yang ada pada fuqaha tersebut.

Contoh IstinbatSunting

Potong tangan bagi pencuri disebut dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Maidah: 38)

Juga hadis Nabi s.a.w., bermaksud:

“… bahawa Nabi s.a.w memotong (tangan pencuri) yang mencuri baju besi berharga tiga dirham.” (Bukhari Muslim)

Merujuk kepada hadis ini di atas Saiyidina Abu Bakar r.a. melakukan hukum potong tangan bagi orang yang mencuri senilai lima dinar.

Abu Hurairah dan Said berkata : “Tangan pencuri dipotong jika mencuri 5 dirham.”

Sebilangan fuqaha tabi’in, Malik, Syafi’i, dan Ahmad. mengikuti pendapat ini. Ibnu Mas’ud tidak memotong tangan pencuri jika kurang dari 10 dirham (1 dirham 7/10 dinar, 1 dinar 4,25 gram). Sebahagian ulama Kufah juga mengikuti pendapat ini.

Berdasarkan perkara di atas, para fuqaha dapat menetapkan bahawa seorang pencuri yang sabit kesalahannya akan dipotong tangannya dengan syarat:

  • Sampai nisab (5 dirham, fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan kadarnya).
  • Barang tersebut dicurinya di tempat simpanan tertentu (lemari, laci, bank, dan lain-lain)
  • Bukan barang yang tercicir atau tertinggal.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.