Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Penubuhan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada peringkat terawal adalah pada 3 Mac 2005 yang dibuat secara pentadbiran bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Selangor dan ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 11(1). Pejabat ini seterusnya berpindah ke SK Putrajaya Presint 16(2) pada 8 Disember 2005. Enam orang pegawai pertama (secara pentadbiran) Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah dipinjamkan daripada Jabatan Pelajaran Selangor (JPN Selangor).

Penubuhan rasmi jabatan ini telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada 15 Disember 2005 dengan nama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP). Pejabat ini disetarafkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan diletakkan terus di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Peralihan operasi pengurusan pentadbiran daripada Jabatan Negeri Selangor dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2006 dan pada 1 Januari 2007, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) telah beroperasi sepenuhnya. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya yang pertama ialah En. Amran bin Maskor yang telah melaporkan diri pada 16 Mac 2006.

 Visi, Misi & Objektif sunting

 Visi sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Objektif sunting

  • Memastikan kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan mendapat akses kepada pendidikan.
  • Memberi akses kepada pendidikan berkualiti yang mampan kepada semua.
  • Memastikan semua aktiviti dijalankan mengikut peraturan, berhemah dan berintegriti.
  • Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan.
  • Membentuk pemimpin pendidikan yang cemerlang dan berkeupayaan/mampu menguruskan sekolah secara ‘school based’.
  • Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan dengan PIBG dan agensi-agensi luar bagi menjamin  kecemerlangan  pendidikan.
  • Menyisipkan unsur futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.
  • Membentuk modal insan yang holistik serta mempunyai pemikiran kreatif, inovatif, berjati diri dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
  • Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan.
  • Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan.
  • Menyediakan prasarana yang mencukupi, kondusif dan teraputik bagi pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengembangkan potensi individu murid melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan.

 Sekolah di Putrajaya sunting

Sekolah Rendah Harian sunting

SK Putrajaya Presint 9 (1)

SK Putrajaya Presint 8 (1)

SK Putrajaya Presint 16 (1)

SK Putrajaya Presint 11 (1)

SK Putrajaya Presint 8 (2)

SK Putrajaya Presint 9 (2)

SK Putrajaya Presint 16 (2)

SK Putrajaya Presint 11 (3)

SK Putrajaya Presint 14 (1)

SK Putrajaya Presint 11 (2)

SK Putrajaya Presint 18 (1)

SK Putrajaya Presint 18 (2)

SK Putrajaya Presint 5 (1)

 Sekolah Menengah Harian sunting

SMK Putrajaya Presint 8 (1)

SMK Putrajaya Presint 9 (1)

SMK Putrajaya Presint 16 (1)

SMK Putrajaya Presint 11 (1)

SMK Putrajaya Presint 9 (2)

SMK Putrajaya Presint 14 (1)

SMK Putrajaya Presint 11 (2)

SMK Putrajaya Presint 18 (1)

SMK Putrajaya Presint 5 (1)

 Sekolah Menengah Agama sunting

SMKA Putrajaya

Sekolah Berasrama Penuh sunting

Sekolah Sultan Alam Shah

 Hubungi kami sunting

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Jalan P16, Presint 16, 62150 PUTRAJAYA, MALAYSIA
+2° 55' 43.53", +101° 42' 1.19"
Tel: 03-8890 3070 / 03-8890 3069
Fax: 03-8890 3087
E-mel : jpwpp@moe.gov.my
Laman Web : http://jpwpp.moe.gov.my Diarkibkan 2020-02-07 di Wayback Machine