Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن تناڬ كرجا سمننجوڠ مليسيا; singkatan: JTKSM) telah ditubuhkan pada tahun 1912 dan merupakan salah sebuah daripada 12 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
جابتن تناڬ كرجا سمننجوڠ مليسيا | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 1912 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 5, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya |
Kakitangan | 1,189 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 68,651,200 (2018) |
Eksekutif Kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Sumber Manusia Malaysia |
Tapak web | jtksm |
Sebelum tahun 1960-an, objektif Jabatan ialah ’menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan lombong’. Pada tahun 1970, Jabatan Buruh digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Gabungan ini memberi tumpuan kepada penyelesaian pertikaian yang membabitkan pekerja dan kesatuan.
Beberapa perubahan kemudiannya dilakukan untuk memastikan tugasan dan tanggungjawab institusi perburuhan menjadi lebih licin. Antara perubahan itu termasuk pemisahan antara Jabatan Buruh dari Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsi. Jabatan Buruh dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.
Pada February 2003, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat telah digabungkan dengan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) menjadi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Aktiviti penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM melibatkan pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta. [1]
Ia termasuk
- Perkhidmatan Pekerjaan
- JobsMalaysia Center (JMC)
- JobsMalaysia Point (JMP)
- Bekerja Dari Rumah
- Tenaga Kerja OKU
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- Laman rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
- Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 (Jadual Gaji,Syarat Lantikan, Deskripsi Tugas)
Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 = http://semakan.info/s19perusahaan/198 (contoh soalan dan jawapan, tip persediaan dan huraian format Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19)