Jabatan di Perancis

Jabatan di Perancis (Perancis: département, disebut: [depaʁtəmɑ̃]) dan kebanyakan bekas-bekas koloninya ialah pembahagian pentadbiran. 101 jabatan Perancis dibahagikan kepada 22 kawasan metropolitan yakni, terletak di benua Eropah dan empat kawasan seberang laut, kesemuanya dengan status sama rata dan sah sebagai sebahagian daripada Perancis. Jababatan-jabatan ini dibahagikan kepada 342 arrondissement, yang kemudiannya dibahagikan lagi kepada beberapa kanton. Setiap kanton pula terdiri daripada sebilangan kecil komun. Di jajahan seberang laut pula, komun-komun mempunyai peranan pada tingkat jabatan.

Peta 96 jabatan Perancis metropolitan

26 jabatan di Perancis Metropolitan (di benua Eropah) daripada 96 jabatan terletak berhampiran laut.

Umum sunting

 

Jabatan merupakan satu pembahagian kecil pentadbiran yang terletak antara wilayah dan arrondissement. Secara umumnya, satu wilayah mengandungi beberapa jabatan dan satu jabatan dibahagikan kepada beberapa arrondissement.

Di Perancis metropolitan (di benua Eropah), luas kawasan median bagi satu jabatan adalah 5,985 km². Sebagai perbandingan, county beradat di England secara puratanya 2.5 kali ganda lebih kecil dan county Amerika Syarikat 3.5 kali ganda lebih kecil.

Mengikut banci penduduk 1999, jumlah penduduk median bagi satu jabatan di Perancis metropolitan seramai 511,012 orang, 21 kali ganda median penduduk county Amerika Syarikat, tapi kurang dua pertiga daripada county beradat England.

Setiap jabatan mempunyai ibu kota jabatan (chef lieu dalam bahasa Perancis) di mana terkumpulnya institusi-institusi pentadbiran. Ibu kota biasanya merupakan bandar terbesar bagi jabatan itu, tetapi terdapat juga kes terkecuali.

Senarai jabatan sunting

Perancis Metropolitan Jabatan-jabatan seberang laut
01 Ain
02 Aisne
03 Allier
04 Alpes-de-Haute-Provence
05 Hautes-Alpes
06 Alpes-Maritimes
07 Ardèche
08 Ardennes
09 Ariège
10 Aube
11 Aude
12 Aveyron
13 Bouches-du-Rhône
14 Calvados
15 Cantal
16 Charente
17 Charente-Maritime
18 Cher
19 Corrèze
2A Corse-du-Sud
2B Haute-Corse
21 Côte-d'Or
22 Côtes-d'Armor
23 Creuse
24 Dordogne
25 Doubs
26 Drôme
27 Eure
28 Eure-et-Loir
29 Finistère
30 Gard
31 Haute-Garonne
32 Gers
33 Gironde
34 Hérault
35 Ille-et-Vilaine
36 Indre
37 Indre-et-Loire
38 Isère
39 Jura
40 Landes
41 Loir-et-Cher
42 Loire
43 Haute-Loire
44 Loire-Atlantique
45 Loiret
46 Lot
47 Lot-et-Garonne
48 Lozère
49 Maine-et-Loire
50 Manche
51 Marne
52 Haute-Marne
53 Mayenne
54 Meurthe-et-Moselle
55 Meuse
56 Morbihan
57 Moselle
58 Nièvre
59 Nord
60 Oise
61 Orne
62 Pas-de-Calais
63 Puy-de-Dôme
64 Pyrénées-Atlantiques
65 Hautes-Pyrénées
66 Pyrénées-Orientales
67 Bas-Rhin
68 Haut-Rhin
69 Rhône
70 Haute-Saône
71 Saône-et-Loire
72 Sarthe
73 Savoie
74 Haute-Savoie
75 Paris
76 Seine-Maritime
77 Seine-et-Marne
78 Yvelines
79 Deux-Sèvres
80 Somme
81 Tarn
82 Tarn-et-Garonne
83 Var
84 Vaucluse
85 Vendée
86 Vienne
87 Haute-Vienne
88 Vosges
89 Yonne
90 Territoire de Belfort
91 Essonne
92 Hauts-de-Seine
93 Seine-Saint-Denis
94 Val-de-Marne
95 Val-d'Oise
971 Guadeloupe
972 Martinique
973 Guyane
974 La Réunion
976 Mayotte

Nama jabatan sunting

Pilihan nama sunting

Seminggu sebelum penciptaan jabatan, satu persidangan diadakan untuk menentukan nama-nama definitif jabatan (nama dan ejaan), jadual berikut menringkaskan pilihan yang telah diambil.

Nombor Nama yang diberi pada 1790 Nama yang tidak kekal
04 Basses-Alpes Nord-de-Provence, Haute-Provence[1]
08 Ardennes Argonne
09 Ariège Arriège[1]
12 Aveyron Aveiron[1]
14 Calvados Orne-Inférieure[1]
17 Charente-Inférieure
2A Liamone
2B Golo
21 Côte-d'Or Seine-et-Saône , Haute-Saône[1]
22 Côtes-du-Nord
32 Gers Armagnac[2]
42 Rhône-et-Loire
44 Loire-Inférieure
48 Lozère Hautes-Cévennes, Sources, Losère[1]
49 Mayenne-et-Loire Mayne-et-Loire[1]
54 Meurthe
57 Moselle Mozelle[1]
58 Nièvre Nyèvre[1]
63 Puy-de-Dôme Mont-Dore
64 Basses-Pyrénées
66 Pyrénées-Orientales Roussillon[1]
69 Rhône-et-Loire
70 Haute-Saône Amont[1]
75 Seine
76 Seine-Inférieure
78 Seine-et-Oise

Asal-usul nama sunting

Jabatan-jabatan dinamakan berdasarkan kriteria geografi dan bukan berdasarkan kriteria sejarah untuk tidak mengingati pemotongan dan pemisahan provinsi sebelum Revolusi Perancis (Ancien Régime). Berdasarkan beberapa perubahan nama sejak beberapa abad yang lalu, asal-usul nama dapat dikategorikan dalam jadual berikut:

Asal-usul nama Bilangan Jabatan
Sungai, 68 Ain, Aisne, Allier, Ardèche, Ariège, Aube, Aude, Aveyron, Bouches-du-Rhône, Charente, Charente-Maritime, Cher, Corrèze, Creuse, Dordogne, Doubs, Drôme, Eure, Eure-et-Loir, Gard, Haute-Garonne, Gers, Gironde, Hérault, Ille-et-Vilaine, Indre, Indre-et-Loire, Isère, Loir-et-Cher, Loire, Haute-Loire, Loire-Atlantique, Loiret, Lot, Lot-et-Garonne, Maine-et-Loire, Marne, Haute-Marne, Mayenne, Meurthe-et-Moselle, Meuse, Moselle, Nièvre, Oise, Orne, Bas-Rhin, Haut-Rhin, Rhône, Haute-Saône, Saône-et-Loire, Sarthe, Seine-Maritime, Seine-et-Marne, Deux-Sèvres, Somme, Tarn, Tarn-et-Garonne, Var, Vaucluse[3], Vendée, Vienne, Haute-Vienne, Yonne, Essonne, Hauts-de-Seine, Seine-Saint-Denis[4], Val-de-Marne, Val-d'Oise
Gunung atau pergunungan 12 Alpes-de-Haute-Provence[5], Hautes-Alpes, Alpes-Maritimes, Ardennes, Cantal, Jura, Lozère, Puy-de-Dôme, Pyrénées-Atlantiques, Hautes-Pyrénées, Pyrénées-Orientales, Vosges
Pulau 6 Corse-du-Sud, Haute-Corse, Guadeloupe, Martinique, Mayotte, La Réunion
Pantai dan tasik buatan 5 Calvados, Côtes-d'Armor, Manche, Morbihan, Pas-de-Calais
Provinsi atau wilayah bersejarah 4 Alpes-de-Haute-Provence[5], Savoie, Haute-Savoie, Guyane
Bandar 3 Paris, Territoire de Belfort, Seine-Saint-Denis[4]
Hutan 2 Landes[6], Yvelines[7]
Kedudukan geografi 2 Finistère, Nord
Pemandangan, sajak 1 Côte-d'Or[8] · [9],

Pertukaran nama sunting

Pertukaran yang dilakukan sunting

Ada beberapa jabatan yang telah menukar nama mereka. Antara perubahan-perubahan tersebut, ada yang dibuat pada zaman Revolusi, di mana pada waktu tersebut had geografi jabatan tersebut ditetapkan sedikit demi sedikit.

Ada beberapa perubahan yang dianggap agak baharu dibuat untuk menghilangkan ungkapan yang dianggap bersifat merendahkan, seperti kata sifat bas (rendah) atau inférieur (bawahan), yang sebenarnya digunakan untuk menyebut “hilir”, serta rujukan kepada arah mata angin septentrionale (utara).

Walaupun begitu, hanya jabatan Bas-Rhin mengekalkan penggunaan « bas » dalam namanya (begitu juga Basse-Normandie bagi kawasan).

Pertukaran yang tidak berjaya sunting

Cadangan untuk perubahan nama tidak semuanya berjaya, umumnya kerana cadangan tersebut merujuk kepada sejarah provinsi Rejim Lama (Ancien Régime), iaitu zaman sebelum Revolusi di mana zamannya dianggap teruk pada ketika itu.

  • Ariège-Pyrénées merupakan nama yang dicadangkan pada 2005 bagi menggantikan Ariège[10].
  • Périgord merupakan nama yang dicadangkan pada abad ke-20 untuk menggantikan Dordogne.
  • Marche-de-Bretagne dan Haute-Bretagne merupakan nama yang dicadangkan pada 1989 dan 2005 bagi menggantikan Ille-et-Vilaine[11].
  • Landes-de-Gascogne merupakan nama yang dicadangkan pada 2006 bagi menggantikan Landes[12].
  • Hauts-de-France merupakan nama yang dicadangkan pada tahun 80-an bagi menggantikan Nord. Lihat kawasan Nord-Pas-de-Calais
  • Bourgogne-du-Sud merupakan nama yang dicadangkan pada 2003 bagi menggantikan Saône-et-Loire[13].
  • Charente-Atlantique merupakan nama yang dicadangkan pada 2002 bagi menggantikan Charente-Maritime.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k http://splaf.free.fr
  2. ^ Article L’histoire du Gers en quelques dates (lihat perenggan "DE LA RENAISSANCE AUX TEMPS MODERNES")
  3. ^ Vaucluse mengambil namanya sempena punca sungai yang bernama Vaucluse, kini di Fontaine-de-Vaucluse
  4. ^ a b Seine-Saint-Denis muncul dua kali dalam jadual, dalam kategori « sungai » dan « bandar », kerana namanya diambil sempena nama sungai dan juga nama bandar.
  5. ^ a b Alpes-de-Haute-Provence muncul dua kali dalam jadual, dalam kategori « gunung atau pergunungan » dan « provinsi atau wilayah bersejarah », kerana namanya diambil sempena nama banjarang gunung dan juga nama bekas provinsi.
  6. ^ Jabatan Landes tidak mengambil namanya daripada nama hutan yang wujud sewaktu pemerintahan Napoléon III tetapi dari padang luas ("landes") yang menutupi bahagian utara wilayahnya.
  7. ^ Yvelines mengambil namanya sempena hutan Yveline.
  8. ^ Nama jabatan Côte-d'Or (dalam bahasa Melayu, Bukit/Cerun Emas) diambil pada Revolusi untuk menggambarkan warna keemas-emasan pokok-pokok anggur di bukit-bukit di Beaune pada musim luruh.
  9. ^ Muka surat arkib Majlis Umum (versi 2007 juga disediakan
  10. ^ Ariège mahu menjadi Ariège Pyrénées
  11. ^ Templat:Lien web
  12. ^ Sud Ouest, edisi Landes, 21 Jun 2006 : Le jabatan va-t-il changer de nom ?
  13. ^ Templat:Lien web