Dalam tahun 2001 hingga 2002, usaha memertabatkan komik Malaysia berjalan rancak. Di antaranya ialah Raksaksa Studio yang dikendalikan oleh Ahmad Kamil bin Sabri atau cukup sinonim dengan nama Aedes. Jaguh Komik merupakan komik solo beliau dengan menampilkan komik Pahlawan Mimpi 2; Penjelmaaan Semula Neurophagia, Pentas Maut Terakhir, Potret, Misteri Abu Metal (kartun) dan Pahlawan Mengigau. Melalui Jaguh Komik, pelukis ini dapat menterjemahkan visual dan stroke yang berlainan dalam kerja-kerja penghasilan komik dan kartun. Kepelbagaian menguasai stroke dilihat dari pengalaman beliau berkarya semenjak 1980 an lagi. Sayang sekali, Jaguh Komik berkesempatan berada di pasaran hanya untuk satu keluaran sahaja.

Aedes masih lagi aktif melukis komik dan kartun untuk penerbitan Karangkraf iaitu g3 dan Jom. Beliau turut menjawat Naib Presiden PeKOMIK.


Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting