Stadium Antarabangsa Jakarta

(Dilencongkan dari Jakarta International Stadium)

Stadium Antarabangsa Jakarta[a] (sebelumnya Stadium Bersih Manusia Wibawa)[3] ialah sebuah stadium bola sepak yang terletak di Papanggo, Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia. Menjadi gelanggang rasmi bagi pasukan bola sepak Persija Jakarta selepas berpindah keluar dari Stadium Gelora Bung Karno, stadium ini turut menjadi rumah bagi pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia setelah persetujuan tercapai di antara Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan PT JAKPRO untuk menggunakan kemudahan baru ini.[4]

Stadium Antarabangsa Jakarta
ستاديوم انتارابڠسا جاکرتا
Jakarta International Stadium
Nama silamStadium BMW Jakarta (fasa perancangan)
LokasiTanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia
Koordinat6°7′31.1″S 106°51′44.1″E / 6.125306°S 106.862250°E / -6.125306; 106.862250Koordinat: 6°7′31.1″S 106°51′44.1″E / 6.125306°S 106.862250°E / -6.125306; 106.862250
PemilikPemerintah DKI Jakarta
PentadbirPersija Jakarta
Kapasiti82,000
Saiz Padang105 x 68 meter
PermukaanRumput hibrid
Pembinaan
Pecah tanah14 Mac 2019; 5 tahun yang lalu (2019-03-14)
DibinaSeptember 2019 – Februari 2022
DibukaMac 2022; 2 tahun yang lalu (2022-03) (pembukaan lembut)
April 2022; 2 tahun yang lalu (2022-04) (pembukaan besar)
Kos pembinaanRp 4.5 trilion (AS$ 312 juta)
ArkitekPDW Architects
Kontraktor utamaUsaha sama antara PT WIKA Gedung, PT PP (Pembangunan Perumahan) dan PT Jaya Konstruksi
Tuan rumah
Persija Jakarta (2022–kini)
Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia (perlawanan tertentu)

Stadium ini mula dibina secara rasmi pada lewat 2019, setelah mengalami penangguhan yang disebabkan oleh pertikaian tanah dan tuntutan mahkamah tindakan kelas oleh bekas setinggan, di mana rumah mereka dimusnahkan untuk memberi laluan kepada stadium.[5] Kompleks stadium ini dibina di atas tanah berkeluasan 22 hektar (54 ekar) dan bangunan stadium sendiri dibina dengan keluasan 375.7 meter persegi (4,044 ka2).[6] Stadium ini mampu menampung 82 ribu penonton, menjadikannya stadium terbesar di dalam negara.[7][8] Ia turut menjadi stadium dengan bumbung boleh sentut terbesar di Asia dan yang kedua terbesar di dunia mengikut muatan selepas Stadium AT&T di Arlington, Texas, Amerika Syarikat.

Catatan sunting

  1. ^ Lebih dikenali dengan nama bahasa Inggerisnya, Jakarta International Stadium (JIS), dan kadang-kala juga dikenali dalam bahasa Indonesia sebagai Stadion Internasional Jakarta dalam beberapa media.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Segera Diresmikan, Pembangunan Jakarta International Stadium sudah Mencapai 95%" (dalam bahasa Indonesia). Medcom.id. 8 Februari 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  2. ^ Niken Lazuardi (7 Mac 2022). Diffa Zahra (penyunting). "Menpora Pastikan JIS Bukan Stadion Utama Piala Dunia U-20 2023" (dalam bahasa Indonesia). Prambors. Dicapai pada 3 April 2022.
  3. ^ Hasyim, Irsyan (28 April 2018). Suseno (penyunting). "Sandiaga: Stadion BMW Berubah Jadi Jakarta International Stadium". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2 April 2022.
  4. ^ Raya, Mercy. "Timnas Indonesia Akan Pakai Jakarta International Stadium". sepakbola (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2 Oktober 2021.
  5. ^ "Jakarta to resume BMW stadium construction project". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 November 2018.
  6. ^ "#STADIONKITA on Instagram: "Jakarta International Stadium mulai dicetuskan sejak 2012, resmi mulai dibangun 2019 dan direncanakan selesai pada 2021. Stadion dibangun…"". Instagram (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Oktober 2020.
  7. ^ "Jakarta to begin BMW Stadium construction". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 November 2018.
  8. ^ "Ini Fasilitas Stadion BMW yang Akan Dibangun dengan Estimasi Dana Rp 4,7 Triliun". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 November 2018.