Setinggan
Setinggan ialah kawasan dan binaan penempatan yang terletak di atas tanah milik pemerintah tanpa mendapat kebenaran pihak pemilik. Selalunya, pola petempatan sesebuah kawasan setinggan ialah berselerak.
Susur-galur kataSunting
Istilah setinggan dipercayai serapan Inggeris sten gun yakni senjata api gunaan para penguasa yang mengawal pekerja raya hendak memusnahkan petempatan yang disasarkan memenuhi kriteria "diharamkan" serta askar-askar pengawal kampung baru yang menghimpunkan masyarakat Cina semasa zaman Darurat; pengungkapan ini dikatakan mula terbit secara bertulis dalam suatu laporan keluaran Utusan Melayu pada 27 April 1968.[1][meragukan ] Namun, istilah setinggan telah tercatat lebih awal iaitu seawal tahun 1879 dalam ungkapan "Batu Setinggan",[perlu rujukan] manakala senjata api tersebut mula digunakan pada tahun 1940-an.
RujukanSunting
- ^ Azizah Kassim (1982). A history of squatting in West Malaysia with special reference to the Malays in Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya.