Sten gun merupakan submesingan British semenjak Perang Dunia II, terkenal kerana reka bentuk ringkas dan kos pengeluaran yang rendah, diperbuat hanya dari 47 bahagian berlainan. Ia lebih murah dan ringkas berbanding MP38/MP40 Jerman, taraf sebelumnya dalam lapangan penghasilan senjata infantari pukal. Versi Sten gun paling ringkas, Mark III, memerlukan hanya lima jam kerja untuk menghasilkannya. Ia berlainan kerana bentuknya yang kosong (hanya paip dengan gelong logam sebagai pemegang), dan tempat peluru secara mendatar.

Sten
Sten popular dengan pasukan penentang dan pemberontak

Sejarah sunting

Nama Stern merupakan kependekan yang diambil dari nama ketua pereka bentuk, Major Reginald Sheperd dan Harold Turpin, dengan EN di ambil dari "ENfield", sempena Enfield Lock, lokasi Kilang Senjata Ringan Di Raja.

STEN merupakan langkah panik, direka ketika Britain berhadapan dengan bahaya pencerobohan Nazi. Sebelum 1941 tentera British telah membeli submesingan Thompson dari Amerika Syarikat, tetapi ia adalah mahal dan bekalannya terdedah kepada bahaya serangan kapal selam U-Boat. Agar dapat membekalkan pasukan bersenjata dengan cepat, pembuat senjata Enfield ditugaskan untuk menghasilkan pilihan lain yang jauh lebih murah.

Pembuatan sunting

Kelopak STEN gun dibuat untuk menerima 9x19mm Parabellum peluru pistol, sebahagiannya untuk menggunakan bekalaj Jerman yang ditawan.. STEN kecil dan boleh dipecat kepada bahagian yang kelihatannya tidak merbahaya, dan dengan itu amat sesuai untuk operasi partisan di tanah besar; pejuang gerila di timur dan barat Europe menjadi mahir membaiki, mengubah suai, dan akhirnya membina dari awal salinan STEN (lebih 2000 STEN dan sekitar 500 Blyskawica SMG yang seumpama dengannya telah dihasilkan di Poland yang dijajah). Ia sering dikutuk oleh anggota tentera kerana tidak tepat, mempunyai pembidik yang asas dan terlekat akibat reka bentuk kelopak peluru. Lebih-lebih lagi, Stern cenderung menembak dengan tidak sengaja ( accidental discharge ) jika terjatuh atau terantuk. Reka bentuknya berterusan diperbaik sepanjang perperangan, dan kekal menjadi senjata yang dikeluarkan kepada tentera British sehingga 1960-an, selepas itu ia digantikan dengan Sterling SMG yang lebih biasa.

Penggunaan sunting

Sten gun banyak digunakan oleh askar payung terjun British kerana mudah digunakan dan dijaga. Gambar menunjukkan askar payung terjun British di Arnhem semasa Market-Garden

Submesingan STEN dihasilkan dalam lima model asas, walaupun yang model keempat tidak pernah dihasilkan.

  • Mark I
    jarang ditemui, dan mempunyai penyerap kilauan flash hider dan pemegang senjata hadapan kasar;
  • Mark II (gambar di atas)
    lebih banyak dikeluarkan, dengan pengelauran pada tahap 2 juta unit,
  • Mark III
    lebih ringkas daripada Mark II dan juga dikeluarkand alam bilangan yang banyak.
  • Mark IV
    adalah versi bersaiz pistol yang hanya diusahakan apda peringkat prototaip sahaja dan tidak diteruskan pembangunannya.
  • Mark V
    digunakan di Normandy dan di Arnhem, mempunyai pemegang senjata kayu, dan pemegang bayonet.
  • Terdapat juga Mark IIS dan Mark VI yang diubah suai dengan penyerap bunyi silencer.

Gabungan kesemuanya, dianggarkan 4.5 juta sub mesingan jensi Sten telah dihasilkan ketika perang, kebanyakannya dihantar melalui udara dengan kotak kepada pejuang serata Europah yang ditakluk. Oleh kerana bentuknya yang nipis, dan mudah ditanggalkan, ia mudah di sembunyikan dan amat sesuai bagi perperangan gerila. Malangnya, pertempuran paling terkenal melibatkan STEN - pembunuhan Reinhard Heydrich - hampir gagal apabila STEN lekat, kelopak pelurunya yang lemah cenderung untuk bengkok, terutamanya jika digunakan sebagai pemegang hadapan.

Sebagaimana M1 Carbine, STEN mempunyai peminat dan pengkritiknya sendiri, daya tarikannya adalah rekabentuknya yang hodoh menarik peminat underdog, sementara ketahanan dan prestasinya yang dipersoalkan menjadikan ia tidak digemari dikalangan tentera baris hadapan. Bagaimanapun Sten kekal dalam perkhidmatan walaupun selepas masalah ekonomi Perang Dunia II berlalu, menggantikan submesingan Lanchester Royal Navy pada tahun 1960-an. Versi khas Sten digunakan oleh komando British di Korea, disebabkan ia ringan dan kecil.

STEN begitu murah dan banyak sehinggakan, walaupun harga barangan era Perang Dunia II agak tinggi, mesingan STEN yang dinyahaktifkan biasanya boleh didapati dengan harga kurang dari £200 setiap satu.

Pengguna sunting

Trivia sunting

Fakta menarik; George VI membawa Sten Mk.II dalam keretanya untuk mempertahankan diri dari serangan tentera payung terjun. Senjata ini kini terletak di Imperial War Museum.

Pautan luar sunting


Senarai senjata api  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.