Jalan Negeri Kedah K160

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K160 (Jalan Sungai Pasir–Batu Lintang) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K160 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 7.87 kilometer (4.9 bt),[1] menghubungkan Kampung Batu Lintang di barat dengan Kampung Sungai Pasir di timur dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Bukit Kecil, Kampung Telok Wang, Kampung Telok Wang Kecil, Kampung Telok Wang Besar dan Kampung Baru Sungai Pasir.[3][4]

Jalan Negeri Kedah K160
Jalan Sungai Pasir–Batu Lintang
Kedah State Road K160 Intersection 1.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang7.87 km[1] (4.89 mi)
Simpang utama
Hujung baratK175 K175 di Kampung Batu Lintang
Persimpangan utamaK649 K649 di Kampung Bukit Kecil
K672 di Kampung Bukit Kecil
K648 K648 di Kampung Sungai Pasir
FT257 di Kampung Sungai Pasir
Hujung selatan FT1 di Kampung Sungai Pasir
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

 
Simpang K160 di Jalan Lencongan Barat.

Dari penghujung barat di Kampung Batu Lintang, Jalan Negeri Kedah K160 bermula di persimpangannya dengan Jalan Tikam Batu–Batu Lintang K175. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perkampungan dan beberapa bangunan kedai. Ia akan membengkok ke arah tenggara sedikit menuju ke Kampung Bukit Kecil. Di perkampungan Bukit Kechil, Jalan K160 akan bersimpang tiga berperingkat dengan dua jalan negeri iaitu, Jalan Pengkalan Bukit Kecik K649 (kira-kira 1.9 kilometer (1.2 bt) dari penghujung barat) dan jalan Matang Garam–Tikam Batu K672 (kira-kira 600 meter (0.4 bt) dari simpang K649), jalan pintas ke Tikam Batu. Selepas melepasi simpang K672, jalan raya akan membengkok ke arah timur laut dengan melalui kawasan Kampung Telok Wang Kecil dan Kampung Telok Wang Besar.[4][5]

K160 akan bersimpang dengan jalan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu dan Sekolah Kebangsaan Teluk Wang di Kampung Telok Wang Besar. Di sempadan Kampung Sungai Pasir—Kampung Telok Wang Kecil, akan ada terdapat simpang tiga menuju ke Kampung Bukit dan Taman Baiduri Indah dengan melalui Jalan Kampung Bukit K648. Jajaran jalan K160 diteruskan hingga penghujung timurnya di Kampung Sungai Pasir, bersimpangan dengan Jalan Lencongan Barat FT257.[5] Walaubagaimanapun, sebelum Jalan Lencongan Barat dibina, jajaran K160 sepatutnya berakhir di Jalan Butterworth-Alor Setar, jalan raya utama di tengah Semenanjung Malaysia berdekatan dengan sebuah pasar raya TF Value-Mart Sungai Petani. Tetapi, akses untuk ke jajalan lama K160 telah ditutup, hanya pengguna dari FT1 sahaja dapat mencapai laluan ini.[3][4]

Secara keseluruhan, Jalan Sungai Pasir–Batu Lintang K160 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Simpor dan Mukim Sungai Pasir, mukim di Daerah Kuala Muda.[2]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Batu Lintang0.00 K175 K175 – Kampung Pengkalan Batu Lintang, Kampung KomoiPenghujung barat
Kampung Bukit Kecil1.90 K649 K649Kampung Pengkalan Bukit Kecil
2.50  K672Tikam Batu, Butterworth
Kampung Telok Wang Besar3.60Jalan Baiduri 1 – Taman Teluk Baiduri
3.90SMK Teluk Bayu, SK Teluk Wang
Kampung Sungai Pasir5.60 K648 K648Kampung Bukit
7.00  FT257 – Kampung Sungai Layar, Kampung Sungai JagongTidak dapat meneruskan ke penghujung timur
7.06  FT257 – Butterworth, Kampung Padang Temusu, Kuala LumpurSusur keluar dari arah timur sahaja
7.87  FT1Pusat Bandar Sungai PetaniPenghujung timur; susur masuk dari selatan, susur keluar arah utara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.