Jalan Negeri Kedah K255

Jalan Negeri Kedah K255 (Jalan Kampung Kandis–Kampung Kolam) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K255 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.46 kilometer (1.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Kandis di barat dan Kampung Kolam di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K255
Jalan Kampung Kandis–Kampung Kolam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.46 km[1] (1.53 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT176 di Kampung Kandis
Hujung timurK254 K254 di Kampung Kolam
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K255 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Kandis, di mana K255 bertemu dengan Jalan Persekutuan 175 (Jalan Kodiang). Simpang ini hanya boleh dicapai oleh pengguna dari Kodiang sahaja. K255 akan melalui kawasan perkampungan berselerak Kampung Kandis, lalu melintasi terusan buatan manusia iaitu Terusan Utara dan memasuki kawasan perkampungan Kampung Meribut. Bermula dari sini, K255 akan melalui kawasan pertanian iaitu sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat. K255 akan bersimpang dengan beberapa jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) atau permatang di sepanjang laluan K255 yang diwarta. K255 akan meninggalkan kawasan Kampung Meribut dan memasuki kawasan Kampung Kubang Besar setelah menjelajah sepanjang dua kilometer dari penamat baratnya. K255 akan melintas sebatang sungai kecil iaitu Sungai Pering, lalu tiba di penamat timurnya di Kampung Kolam, di mana ia be bertemu dengan Jalan Negeri K254(Jalan Tok Arang).[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K255 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Pering.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K254 terletak di Zon 4 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K255 juga merupakan jalan raya tunggal timur–barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K255 dikenali sebagai Jalan Kampung Kandis/Kampung Kolam dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Kandis0.00  FT176Jitra, Kodiang, Padang SeraPenghujung utara
Kampung Kolam2.76 K254 K254Kampung Pering, ChanglunPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 4)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.