Jalan Negeri Kedah K254

Jalan Negeri Kedah K254 (Jalan Kampung Tok Arang) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K254 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.76 kilometer (1.7 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Baru Batu Tiga di utara dan Kampung Raja di selatan.[3]

Jalan Negeri Kedah K254
Jalan Tok Arong
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.76 km[1] (1.71 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK102 K102 di Kampung Baru Batu Tiga
Persimpangan utama
Hujung selatanK256 K256 di Kampung Raja
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K254 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Baru Batu Tiga (atau Kampung Baharu sahaja) dalam Mukim Kepelu, di simpang tiga Jalan Negeri K102 (Jalan Changlun–Sanglang). K254 akan memasuki kawasan pecahan pentabdiran Mukim Pering meninggalkan Mukim Kepelu, dalam beberapa meter dari penamat utaraya. K254 akan melengkung sedikit, kemudian melintasi sebatang sungai yang berpunca daripada Bukit Telipong iaitu Sungai Pering. Di lengkungan ini juga terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Tok Arang dan Kampung Kodiang Lama Luar. Selepas melepasi jambatan Sungai Pering, K254 akan memasuki kawasan Kampung Kolam. K254 akan melalui kawasan pertanian sawah padi, lalu bertemu dengan Jalan Negeri K255 (Jalan Kampung Kandis–Kampung Kolam) di kawasan kampung sama. K254 diteruskan ke penamat selatan, di mana di bersimpang dengan Jalan Negeri K256 (Jalan Pering–Kampung Wang).[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K254 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Kepelu dan Mukim Pering.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K254 terletak di Zon 4 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K268 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K254 dikenali sebagai Jalan Kampung Tok Arang/Kampung Baharu Batu 14 Kodiang Changlun dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Baru Batu Tiga0.00 K102 K102Changlun, KodiangPenghujung utara
Kampung Kolam1.90 K255 K255Kampung Meribut
Kampung Raja2.76 K256 K256Kampung PeringPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 4)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.