Jalan Negeri Kedah K256

Jalan Negeri Kedah K256 (Jalan Kampung Pering atau Jalan Kampung Wang) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K256 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.785 kilometer (3.6 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Pering di barat dan Kampung Kubang Menerong di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K256
Jalan Kampung Pering
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang5.79 km[1] (3.59 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT176 di Kampung Pering
Persimpangan utama
Hujung timurK104 K104 di Kampung Kubang Menerong
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K256 bermula sebagai kilometer sifar di barat kawasan perkampungan Kampung Pering, di mana K256 bertemu dengan Jalan Persekutuan 175 (Jalan Kodiang). K256 akan melintasi dua batang saliran, yang pertama ialah Terusan Utara manakala lintasan kedua ialah Sungai Pering, lalu memasuki kawasan perkampungan Kampung Pering. Ia akan melengkung sedikit, menuju ke timur laut dan seterusnya K256 akan bertemu dengan Jalan Negeri K254 (Jalan Tok Arang), di kawasan Kampung Raja. Tidak jauh daripada simpang itu, K256 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K258 (Jalan Kubang Menerong), sebuah jalan ke Kampung Kubang Menerong.[3][4]

K256 akan membengkok ke selatan, memasuki kawasan pentadbiran Mukim Ah, dan meninggalkan kawasan pentadbiran Mukim Pering, di samping memasuki perkampungan Kampung Wang. K256 akan melalui kawsan pertanian sawah padi di sepanjang jajaran ini sehingga tamat, melalui kawasan perkampungan tersusan Kampung KEDA Wang, Kampung Kubang Chenok dan Kampung Kubang Menerong Dalam. K256 tiba di penamat timurnya di simpang tiga Jalan Negeri K104 (Jalan Napoh–Padang Sera), di kawasan perkampungan Kampung Kubang Menerong.[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K256 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Ah dan Mukim Pering.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K254 terletak di Zon 4 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K255 juga merupakan jalan raya tunggal timur–barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K255 dikenali sebagai Jalan Kampung Pering/Kampung Wang MK Ah dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Pering0.00  FT176Jitra, Kodiang, Kampung SanglangPenghujung utara
Kampung Raja1.84 K254 K254Kampung Kolam, Kampung Meribut
2.61 K258 K258Kampung Kubang Menerong, Padang Sera
Kampung Kubang Menerong5.79 K104 K104Kampung Napoh, Kampung SCPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 4)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.