Jalan Negeri Kedah K266

Jalan Negeri Kedah K266 (Jalan Asun–Kampung Telok atau Jalan Asun Binjal) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K266 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.131 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Padang Asun Luar di barat dan Kampung Teluk di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K266
Jalan Asun–Kampung Telok
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang5.40 km[1] (3.36 mi)
Simpang utama
Hujung barat E1 E1 / FT1 di Kampung Padang Asun Luar
Persimpangan utama
Hujung timurK16 K16 di Kampung Teluk
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K266 bermula sebagai kilometer sifar di utara Kampung Padang Asun Luar (sebahagian daripada Kampung Padang Asun), dalam pecahan pentadbiran barat Mukim Binjal, di simpang tiga Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (bertindih dengan Jalan Persekutuan 1), lebuh raya ekspres utama di Malaysia. Beberapa meter dari penamat baratnya, K266 akan bersimpang dengan jajaran lama Jalan Persekutuan 1, dan memasuki kawasan utara Kampung Titi Panjang. K266 akan melewati kawasan perkampungan Titi Panjang dan beberapa kawasan pertanian seperti sawah padi. K266 akan menuju ke timur laut di Kampung Kunluang, lalu melitasi sebatang sungai bernama Sungai Temin (atau Sungai Bata), dan memasuki sempadan kawasan pertanian Kampung Makpap. K266 akan melengkok ke tenggara sebaik sahaja memasuki kawasan Kampung Binjal. Di lengkok ini terdapat simpang kecil ke jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Sekolah Kebangsaan Binjal dan Perumahan KEDA Kampung Binjal.[3][4]

Berdekatan dengan Masjid Kampung Binjal, K266 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K110 (Jalan Binjal–Kampung Binjal). Persimpangan ini berjeniskan simpang tiga yang dikawal oleh papan tanda lalu lintas. Tidak jauh dari persimpangan K110, Sungai Wang Perah akan membuat lintasan kecil di sini, lalu K266 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K276 (Jalan Kelubi–Kampung Tanjung), di utara kawasan perkampungan Kampung Tanjung. K266 akan diteruksan melalui kawasan perkampungan Kampung Telok. Selepas meninggalkan kawasan Kampung Telok, K266 akan melalui kawasan tiada petempatan manusia dan perhutanan hijau yang agak berbukit,. K266 tiba di penamat timurnya di kawasan perladangan getah di kaki bukit Bukit Besar, di mana K266 bersimpang dengan Jalan Negeri K16 (Jalan Perik), yang menuju ke Kampung Perik di Daerah Padang Terap.[3][4]

Secara keseluruhannya, hampir kesemua jajaran Jalan Negeri K266 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Binjal.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K266 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K266 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K266 dikenali sebagai Jalan Asun Binjal/Kampung Telok dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Padang Asun0.00    E1 / FT1Jitra, Bukit Kayu HitamPenghujung barat
0.14  FT1 (Jalan Lama FT1) – Taman AsunPertindihan FT1 mula
Kampung Titi Panjang0.19  FT1 (Jalan Lama FT1) – Jitra, Kampung JalilPertindihan FT1 tamat
Kampung Binjal3.10 K110 K110Kampung Bukit, Kampung Bendang Dalam
Kampung Tanjung3.40  K276Kampung Tualang, Kampung Kelubi
Kampung Telok5.40 K16 K16Kampung Perik, Changloon, Kuala NerangPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.