Jalan Negeri Kedah K275

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K275 (Jalan Tanah Merah–Taman Bukit Indah) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K275 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.57 kilometer (1.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Tanah Merah di barat dengan Taman Bukit Indah di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K275
Jalan Tanah Merah–Taman Bukit Indah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang1.57 km[1] (0.98 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT1 di Kampung Tanah Merah
Hujung timurTaman Bukit Indah
Lokasi
Destinasi
utama
  • Perumahan Awam Tanah Merah
  • Taman Siswa
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K275 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Tanah Merah, di persimpangan FT1 (Jalan Kepala Batas). Permulaan jajaran K275 terletak dalam Mukim Naga, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K275 akan melalui kawasan Perumahan Awam Tanah Merah, kemudian Taman Siswa. Kira-kira satu kilometer dari penghujung barat, terdapat sebuah pejabat kerajaan di sini, iaitu Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bagi cawangan negeri Kedah, dan sebuah sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman. Di timur laut perumahan Taman Siswa, K275 akan bersimpang dengan Persiaran Industri Darulaman Utama (sebelum ini dikenai sebagai Jalan Ilmu), yang menuju ke Kawasan Perindustrian Darulaman dan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Persimpangan ini dikawal dan dilengkapi dengan lampu isyarat. Jajaran K275 diteruskan ke timur, dengan melalui kawasan perumahan Taman Bukit Indah, dan tamat dengan jalan mati, berhadapan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K275 yang diwartakan terletak dalam Mukim Naga, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K275 juga merupakan jalan raya tunggal barat–timur dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K275 dikenali sebagai Jalan Tanah Merah–Taman Bukit Indah dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][5]

Jalan Negeri K275 juga merupakan laluan cabang dari Jalan Persekutuan 1.

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Tanah Merah0.00  FT1Kodiang, Bandar Darulaman, Butterworth, JitraHujung barat
Taman Siswa1.12Persiaran Indsutri Darulaman Utama – IPG Kampus Darulaman
Taman Bukit Indah0.82Jalan mati di Taman Bukit IndahHujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ "Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia". marris.treasury.gov.my. Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2 Disember 2020.