Jalan Negeri Kedah K277

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K277 (Jalan Bemban–Kampung Salit) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian tengah Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K277 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.11 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bemban di utara dengan Kampung Salit di selatan.[3]

Jalan Negeri Kedah K277
Jalan Bemban–Kampung Salit
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.11 km[1] (1.93 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK262 K262 di Kampung Bemban
Hujung selatan K278 di Kampung Salit
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K277 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bemban, di persimpangan Jalan Negeri K262 (Jalan Kampung Telok Tenggiri), berdekatan dnegan sebuah kilang. Permulaan jajaran K277 terletak dalam kawasan Mukim Gelong, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Secara keseluruhannya, jajaran K277 akan melalui kawasan penanaman pokok getah dan sawah padi, yang ditanam oleh penduduk setempat. Setelah dua kilometer dari penghujung utara, K277 akan melalui kawasan perkampungan Kampung Alor Kelubi dan Kampung Lubok Gajah, lalu membengkok ke tenggara dan kembali kepada asal, ke selatan menuju ke penamatnya. K277 akan melalui kawasan persekolahan iaitu Sekolah Kebangsaan Gelong, kemudian tamat di simpang tiga Jalan Negeri K278 (Jalan Batu 14 3/4 Changlun–Pulau Nyior), dalam kawasan Kampung Salit, Mukim Gelong.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K277 yang diwartakan terletak dalam Mukim Gelong, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K277 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K277 dikenali sebagai Jalan Bemban/Kampung Salit dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bemban0.00 K262 K262Kampung Padang Asun, Kodiang, Bukit Kayu HitamHujung utara
Kampung Salit3.11  K278Jitra, Kampung Gelong, Kampung Hutan TerabakHujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 3)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2022. Dicapai pada 20 Februari 2022.