Jalan Negeri Kedah K282

Jalan Negeri Kedah K282 (Jalan Kampung Gelong Rambai) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K280 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.946 kilometer (1.8 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Padang Limau di utara dengan Kampung Tanjung di selatan.[3]

Jalan Negeri Kedah K282
Jalan Gelong Rambai
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.95 km[1] (1.83 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK108 K108 di Kampung Padang Limau
Hujung selatan K281 di Kampung Tanjung
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K282 bermula sebagai kilometer sifar di utara Kampung Padang Limau, dalam pecahan pentadbiran selatan Mukim Tunjang, di simpang tiga Jalan Negeri K108 (Jalan Tunjang–Ayer Hitam). K282 akan memalui kawasan perkampungan berselerak, lalu melengkung sedikit ke barat, menuju ke Kampung Belukar dan Kampung Telok Bilek. Sebelum lengkungan bermula, terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Binjal dan Kampung Jeram. Tidak jauh dari simpang jalan kampung itu, iatu kira-kira 90 meter dari penamat utara, K282 akan memasuki zon pentabdiran Mukim Jeram dan meninggalkan Mukim Tunjang. K282 akan melalui kawasan penanaman sawah padi, sebelum lengkungan tamat di kawasan perkampungan Kampung Gelong Rambai.[3][4]

K282 akan diteruskan melalui kawasan perkampungan Kampung Gelong Rambai dan Kampung Tanah Rang dan beberapa kawasan pertanian yang diusahakan oleh penduduk setempat seperti kelapa sawit serta perhutanan kecil. K282 akan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K281 (Jalan Stesen Keretapi Tunjang), di barat kawasan perkampungan Kampung Tanjung. Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K282 terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Jeram dan Mukim Tunjang. K282 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K280 dikenali sebagai Jalan Jeram/Kampung Gelong Rambai/Kampung Binjal dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Padang Limau0.00 K108 K108Ayer Hitam, Kampung KetulPenghujung utara
Kampung Tanjung2.95  K281Tunjang, Stesen Keretapi TunjangPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 5)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.