Jalan Negeri Kedah K686
Jalan Negeri Kedah K686 (Jalan Masuk ke Petronas Fertiliser Kedah) ialah jalan negeri pendek yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K686 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.5 kilometer (0.3 bt),[1][2] menghubungkan Kampung Guar Nenas di barat dengan Petronas Fertiliser Kedah di timur dengan melalui kawasan Ladang Cempedak.[3]
Jalan Negeri Kedah K686 | |
---|---|
Jalan Masuk ke Petronas Fertiliser Kedah | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 0.50 km[1] (0.31 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | K603 di Kampung Guar Nenas |
Hujung timur | Petronas Fertiliser Kedah |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Gambaran keseluruhan
suntingDari penghujung barat di Kampung Guar Nenas, Jalan Negeri Kedah K686 bermula di persimpangannya dengan Jalan Guar Nenas K603 berhampiran dengan persimpangan Jalan Simpang Gua Nenas K604. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perladangan. Di sepanjang Jalan Petronas Fertiliser Kedah K686 tiada persilangan dengan jalan utama. Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 akan melintasi jalan K686 berhampiran Ladang Cempedak. Jajaran K686 akan berakhir betul-betul tamat jambatan menyeberangi Lebuhraya E1, ia akan dilanjutkan dengan jalan raya peribadi menuju ke Pintu 3 Petronas Fertiliser Kedah.[3][2] Secara keseluruhan, Jalan Petronas Fertiliser Kedah K686 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[3][2]
Persimpangan utama
suntingKesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[3] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Guar Nenas | 0.0 | K603 — Pulau Bunting, Guar Chempedak, Sungai Petani, Gurun | Penghujung barat | ||
Ladang Cempedak | 0.5 | Pintu 3 Petronas Fertiliser Kedah | Penghujung timur | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 8 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b c Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K686" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 16 Januari 2022.