Jalan Negeri Kedah K721

jalan raya utama di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K721 (K721) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Baling, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Baling. Jajaran jalan negeri ini menghubungkan Kampung Pak Kuning di barat dengan Kampung Sayak di timur, dengan panjang keseluruhan iaitu, 5.7 kilometer (3.5 bt).[1][3]

Jalan Negeri Kedah K721
Jalan Kampung Paya Besar
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling
Panjang5.70 km[1] (3.54 mi)
Simpang utama
Hujung baratK156 K156 di Kampung Pak Kuning
Hujung timur K722 di Kampung Sayak
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jajaran laluan sunting

Kilometer sifar Jalan Negeri K721, terletak di Kampung Pak Kuning (atau Kampung Bukit Pak Kuning), di dalam kawasan pentadbiran Mukim Teloi Kanan, salah satu mukim dalam Daerah Baling; di simpang tiga Jalan Negeri K156 (Jalan Kuala Ketil–Parit Panjang). K721 akan membengkok ke tenggara sedikit, menelusuri kawasan perhutanan hijau Kampung Pak Kuning dan Kampung Selarong, menuju ke destinasi utamanya jalan negeri ini iaiatu Kampung Paya Besar. Kira-kira dua kilometer dari hujung barat, dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Besar, K721 akan membengkok ke timur laut, lalu membentuk garisan mengufuk sejurus di Kampung Sayak dekat Kilometer 4.6. Jajaran diteruskan hingga di penamatnya, di simpang tiga Jalan Negeri K722 (Jalan Kampung Tembak–Padang Geh), di Kampung Sayak.[3][4] Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K721 sepenuhnya terletak di Mukim Teloi Kanan. Jenis jalan raya yang diguna pakai di sepanjang jajaran K721 adalah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]

Penamaan sunting

Nama Jalan Negeri K721 yang diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Kampung Pak Kuning/Kampung Paya Besar/Kampung Kuala Samak.[1]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Pak Kuning0.0 K156 K156Kampung Sungai Bemban, Parit Panjang, Kuala KetilHujung barat K721
Kampung Sayak5.7  K722Kampung Charok Beras, Kampung Kuala SamakHujung timur K721
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.