Jalan Negeri Kedah K753

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K753 (Jalan IADP Chenderai) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian tengah Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling,[2][3] dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.65 kilometer (2.9 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Chenderai di utara dengan Kampung Sadik di selatan.[4]

Jalan Negeri Kedah K753
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang4.65 km[1] (2.89 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT4 / FT67 di Kampung Chenderai
Persimpangan utama
Hujung selatanK754 K754 di Kampung Sadik
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan IADP Chenderai K753 bermula dengan kilometer sifar di persilangan dengan dua jalan persekutuan yang bertindih iaitu, Lebuhraya Timur–Barat FT4 dan Jalan Sungai Petani–Baling FT67 di Kampung Chenderai, berhampiran dengan Persimpangan Kuala Pegang. K753 akan melalui kawasan pedalaman dan perhutanan hijau. Kira-kira 700 meter (0.43 bt) dari hujung utara, K753 akan membengkok ke timur kemudian membengkok ke arah yang sama semula, selatan. Di Sekyen 1.6, ia akan bersilang dengan Jalan IADP Kampung Landak K752 berhampiran Kampung Charok Landak. Jajaran K753 tidak akan bersilang dengan jalan lain bermula disini, ia akan membengkok ke arah timur di Seksyen 3.6. Jajaran K732 akan berakhir di Kampung Sadik, bersimpang tiga dengan Jalan IADP Kampung Sadik–Charuk Kapas K754.[4][5]

Secara keseluruhan, K753 ialah sebuah jalan negeri kategori biasa, jalan raya tunggal dengan dua lorong, terletak di kawasan luar bandar serta terletak sepenuhnya di Mukim Kupang, Daerah Baling.[1][5]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Chenderai0.0   FT4 / FT67Kuala Pegang, Butterworth, Parit PanjangPenghujung utara
Kampung Charok Landak1.6 K752 K752Kampung Landak, Baling
Kampung Sadik4.7 K754 K754Gerik, Kampung Charok Kapas, Kampung TanjongPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-01-01. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b @JKRDaerahBaling (March 29, 2016). "Senarai Kod dan Jalan di JKR Daerah Baling, Kedah" (Twit). Dicapai pada 2 Januari 2022 – melalui Twitter.
  3. ^ Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 2) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 1)" (PDF). idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.