James Okwuosa (lahir 14 September 1990) ialah pemain bola sepak profesional Nigeria yang bermain sebagai bek tengah untuk kelab Liga Bola Sepak Malaysia Kuching City.[1] Dia membuat penampilan perdananya untuk Super Eagles of Nigeria sebagai pemain tukaran pada Ogos 2013 semasa perlawanan menentang Afrika Selatan dalam Piala Mandela, perlawanan itu dimenangi Nigeria 2-0.[2] Dia kemudiannya bermain semasa perlawanan pertunjukan dengan Burkina Faso di Kaduna. Burkina Faso ditewaskan Nigeria dengan mata 4-1. Perlawanan senior pertamanya ialah apabila dia masuk bertukar kepada Emmanuel Emenike pada minit ke-93 semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia 13 Oktober 2013 menentang Habsyah di Addis Ababa.[3]

James Okwuosa
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1990-09-14) 14 September 1990 (umur 33)
Tempat lahir Ogbaru, Nigeria
Ketinggian 191 cm (6 ka 3 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kuching City
Kerjaya remaja
El-Kanemi Warriors
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2010 Lobi Stars
2010–2012 Enugu Rangers
2012–2019 Chippa United F.C. 111 (0)
2017Orlando Pirates (pinjaman) 1 (0)
2019–2021 Qadsia SC
2021–2022 Al Shabab
2023 PDRM 24 (3)
2024– Kuching City 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2013 Nigeria 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 September 2021

Rujukan sunting

  1. ^ "James Okwuosa Kereta Kebal Baharu Kuching City". 2024-03-02. Dicapai pada 2024-03-03.
  2. ^ "Ugo Okwuosa - At Last Full Album". Free Music Albums - ligurianports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-31.
  3. ^ "World Cup Playoff: Ethiopia Vs. Nigeria -- LIVE UPDATES | Premium Times Nigeria" (dalam bahasa Inggeris). 2013-10-13. Dicapai pada 2022-03-05.