Azrul 'J Hunter' Anwar (lahir 13 Mei, 1986) ialah seorang pengacara E-Sukan[1], strimer, wartawan dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri hiburan di tahun 2008 pada usia 22 selepas latihan dalam Lakonan, Senario, dan Mengarah Theater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Bermula sebagai bakat-dalam-rumah untuk Metrowealth International Group, J Hunter memperoleh banyak kejayaan dalam program-program filem, drama, dan televisyen seperti Clever, Minyak Dagu, dan Asia's Got Talent[2].

J Hunter
Kelahiran
Azrul Anwar

Nama lainJanda Hunter, J , Israhell Slayer
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
PekerjaanSelebriti Strim, pengulas E-Sukan, dan wartawan E-Sukan
Tahun aktif2008–kini
Terkenal keranaPengulas dalam e-sukan PUBG Mobile dan Jelodi

Selain itu, beliau juga dikenali sebagai wartawan utama E-Sukan.my, memainkan peranan penting dalam kemenangan portal itu atas beberapa anugerah sebagai laman berita permainan tempatan terbaik. Kelancaran dan kefasihan J Hunter dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah banyak memberi sumbangan kepada kejayaan yang disebutkan di atas dan juga dalam kerjaya hidupnya; membolehkannya menikmati hubungan baik dengan kedua-dua pihak dan penaja media tempatan dan luar negara. J Hunter kebiasaanya aktif di laman media sosial Facebook yang memberi beliau ruang bagi strim[3]. J Hunter juga mempunyai pertandingan permainan video sempena nama samaran nya, Janda Cup Tekken 7 Tournament[4]. J Hunter dalam bidang pengulasan agak aktif terutamanya dalam PUBG Mobile dan sering kali beliau mengulas bersama rakannya iaitu OnTheGo. Beliau mempunyai satu alter ego yang dinamakan Jaraboy, pasangan kembar kepada pemain PUBG Mobile Nova XQF Paraboy.

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.stadiumastro.com/sports/e-sports/article/tamago-egg-network-to-present-the-international-2018-in-bahasa-malaysia/104624
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 2019-01-06.
  3. ^ https://gamehubs.com/article.php?id=malaysian-video-game-streamers-how-to-make-money-via-facebook-and-youtube[pautan mati kekal]
  4. ^ https://gamermatters.com/janda-cup-tekken-7-tournament-culminates-to-a-rematch-between-arenz-and-meat/

Pautan luar sunting