Buka menu utama

Jawatankuasa Ketua Turus (CSC) terdiri daripada anggota tentera paling kanan dalam Angkatan Tentera British yang memberi nasihat mengenai hal ehwal ketenteraan dan persiapan serta menjalankan operasi ketenteraan. Jawatankuasa ini terdiri daripada Ketua Turus Pertahanan yang merupakan pengerusi dan ketua profesional angkatan bersenjata, Naib Ketua Turus Pertahanan, yang merupakan naib pengerusi dan timbalan ketua profesional angkatan tentera. Jawatankuasa juga terdiri daripada ketua-ketua profesional setiap cabang perkhidmatan angkatan tentera: iaitu First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut, Ketua Turus Am Darat dan Ketua Turus Udara.

Isi kandungan

SejarahSunting

Jawatankuasa Ketua Turus pada awalnya ditubuhkan sebagai jawatankuasa kecil dalam Jawatankuasa Pertahanan Imperial (CID) pada tahun 1923. Ia kekal begitu sehingga pemansuhan CID selepas meletusnya Perang Dunia II pada tahun 1939. Komposisi awal jawatankuasa itu adalah ketua-ketua profesional tiga cabang tentera, iaitu First Sea Lord, Ketua Turus Am Imperial dan Ketua Turus Udara. Setiap ketua cabang perkhidmatan bergilir-gilir menjadi pengerusi jawatankuasa.

 
Winston Churchill bersama Ketua-Ketua Stafnya.

Semasa Perang Dunia Kedua jawatankuasa ini adalah sebuah jawatankuasa kecil dalam Kabinet Perang, dan sebagai tambahan kepada tiga ketua perkhidmatan, ia mempunyai seorang lagi anggota tambahan, iaitu Jeneral Sir Hastings Ismay, yang bertindak sebagai setiausahanya. Jawatankuasa kecil dalam Jawatankuasa Ketua Turus juga dibentuk, termasuk Staf Perancangan Bersama dan Jawatankuasa Perisikan Bersama. Jawatankuasa Ketua Turus bertanggungjawab bagi keseluruhan pelaksanaan usaha perang Angkatan Tentera British. Apabila urusan-urusan yang memerlukan keputusan bersama Inggeris-Amerika, anggota Jawatankuasa Ketua Turus membentuk sebahagian daripada Ketua Turus Gabungan, mesyuarat bersama dengan rakan sejawatan Amerika mereka, iaitu Ketua Turus Bersama. Ketua Turus Gabungan berpangkalan di Washington, oleh sebab itu kebanyakan masa pertemuan Ketua-Ketua Turus diwakili oleh Misi Staf Bersama British.

Berikutan Perang Dunia II, Jawatankuasa Ketua Turus telah dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Pada tahun 1955 Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus.[1] Jawatan itu diwujudkan pada 1 Januari 1956 dan satu-satunya penyandang adalah Marsyal Tentera Udara Diraja Sir William Dickson yang berkhidmat sehingga 1 Januari 1959 apabila beliau menjadi Ketua Turus Pertahanan pertama. [2] CDS kekal sebagai pengerusi jawatankuasa dan juga diiktiraf sebagai ketua profesional Angkatan Tentera British. Pada tahun 1964, jawatan Ketua Turus Am Imperial telah dihentikan dan Tentera Darat kemudiannya dipimpin oleh Ketua Turus Am. Semenjak itu, satu-satunya perubahan besar ialah pelantikan Naib Ketua Turus Pertahanan yang bertindak sebagai timbalan kepada CDS dan kemasukan Panglima Angkatan Bersama ke dalam jawatankuasa.

KeanggotaanSunting

PerananSunting

Peranan Jawatankuasa adalah menyediakan nasihat mengenai hal ehwal ketenteraan dan persiapan serta pelaksanaan operasi tentera.[4]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting