Majlis Pertahanan United Kingdom

Majlis Pertahanan United Kingdom (Defence Council of the United Kingdom) ialah badan pentadbir tertinggi Angkatan Tentera British. Ia telah ditubuhkan oleh Akta 1964 Pertahanan (Pemindahan Fungsi), yang secara berkanun mewakilkan kuasa ketenteraan Raja, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera British, kepada Majlis Pertahanan. Ia memiliki kuasa "pemerintahan dan pentadbiran" ke atas angkatan tentera.

Majlis Pertahanan United Kingdom
Intisari agensi
Dibentuk1964
Agensi terdahulu
  • Lembaga Pertahanan
Bidang kuasa
United Kingdom United Kingdom
Ibu pejabatWhitehall, Westminster, London
Eksekutif Agensi
Sebuah papan tanda yang didirikan oleh Majlis Pertahanan

Majlis Pertahanan terdiri daripada Lembaga Pertahanan, jawatankuasa utamanya serta Lembaga Admiralti, Lembaga Tentera Darat dan Lembaga Tentera Udara. Lembaga Pertahanan dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan, iaitu menteri diraja dengan "tanggungjawab am bagi pertahanan" negara United Kingdom.[2]

Fungsi sunting

Sebelum tahun 1964, terdapat lima kementerian yang bertanggungjawab untuk Angkatan Tentera British: iaitu Admiralti, Pejabat Perang, Kementerian Tentera Udara, Kementerian Penerbangan Awam, dan sebuah Kementerian Pertahanan yang lebih kecil. Melalui perintah majlis yang dikeluarkan oleh Akta 1964 Pertahanan (Pemindahan Fungsi),[3] fungsi badan-badan ini telah dipindahkan ke Majlis Pertahanan dan Setiausaha Negara bagi Pertahanan, yang mengetuai Kementerian Pertahanan yang lebih besar.

Setiausaha Negara bagi Pertahanan, yang merupakan ahli Kabinet, mempengerusikan Majlis Pertahanan, dan bertanggungjawab kepada Raja dan kepada Parlimen untuk urusannya. Surat paten yang membentuk Majlis Pertahanan memberinya kuasa pemerintahan ke atas Angkatan Bersenjata Baginda dan diberikan tanggungjawab untuk pentadbiran, atau dalam perkataan surat paten:

…to administer such matters pertaining to Our Naval Military and Air Forces as We through Our Principal Secretary of State for Defence direct them to execute And to have command under Us of all Officers Ratings Soldiers and Airmen of Our Naval Military and Air Forces…

Pada praktiknya, Majlis Pertahanan adalah sebuah badan rasmi, dan hampir semua kerjanya dikendalikan oleh Lembaga Pertahanan. Selain itu, tiga lembaga tentera (iaitu Lembaga Admiralti, Lembaga Tentera Darat dan Lembaga Tentera Udara), yang merupakan jawatankuasa kecil Majlis Pertahanan bermesyuarat setiap tahun untuk setiap panglima perkhidmatan melaporkan kepada Setiausaha Negara tentang keteguhan perkhidmatan masing-masing.[4]

Keahlian sunting

Setakat April 2024 keahlian Majlis Pertahanan adalah seperti berikut:[5][6]

Keahlian Jawatan Nama
Politik Setiausaha Negara bagi Pertahanan (Pengerusi) Grant Shapps MP
Menteri Negara
(Menteri bagi Perolehan Pertahanan)
James Cartlidge MP
Menteri Negara di Dewan Pertuanan Baroness Goldie
Menteri Negara
(Menteri bagi Angkatan Tentera)
James Heappey MP
Setiausaha Rendah Parlimen bagi Pertahanan Rakyat, Veteran dan Keluarga Tentera Andrew Murrison MP
Perkhidmatan Awam Baginda Setiausaha Rendah Tetap Negara bagi Pertahanan David Williams
Setiausaha Rendah Tetap Kedua Negara bagi Pertahanan Paul Lincoln
Ketua Pengarah Kewangan Kate Harrison
Ketenteraan Ketua Turus Pertahanan Laksamana Sir Tony Radakin
Naib Ketua Turus Pertahanan Jeneral Gwyn Jenkins
First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut Laksamana Sir Ben Key
Ketua Turus Am Jeneral Sir Patrick Sanders
Ketua Turus Udara Ketua Marsyal Udara Sir Richard Knighton
Panglima Markas Strategik Jeneral Sir James Hockenhull

Lembaga Pertahanan sunting

Lembaga Pertahanan digambarkan sebagai jawatankuasa tertinggi Kementerian Pertahanan, bertanggungjawab bagi hal ehwal penuh pertahanan selain daripada pengendalian operasi.[7] Ia bermesyuarat setiap bulan dan menyediakan hala tuju strategik dan pengurusan hal-hal pertahanan.[8]

Keahlian Jawatan Nama
Politik Setiausaha Negara bagi Pertahanan (Pengerusi) Grant Shapps MP
Menteri Negara (Timbalan) Baroness Goldie
Perkhidmatan Awam Baginda Setiausaha Rendah Tetap Negara bagi Pertahanan David Williams
Setiausaha Rendah Tetap Kedua Negara bagi Pertahanan Paul Lincoln
Ketua Pengarah Kewangan Charlie Pate
Ketenteraan Ketua Turus Pertahanan Laksamana Sir Tony Radakin
Naib Ketua Turus Pertahanan Jeneral Gwyn Jenkins
Ahli lembaga bukan eksekutif Ketua Ahli Lembaga Bukan Eksekutif Brian McBride
Pengerusi Jawatankuasa Audit Pertahanan Simon Henry
Pengurus Lembaga Pertahanan Robin Marshall
Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Danuta Grey

Rujukan sunting

  1. ^ "Ben Wallace Named New Defence Secretary". Forces Network (dalam bahasa Inggeris). 25 July 2019. Dicapai pada 23 September 2019.
  2. ^ a b "Defence Council". Ministry of Defence. Dicapai pada 11 February 2011.
  3. ^ "No. 43277". The London Gazette. 20 March 1964. m/s. 2545.
  4. ^ "How Defence Works" (PDF). assets.publishing.service.gov.uk. m/s. 18. Dicapai pada 14 September 2023.
  5. ^ MOD website
  6. ^ "No. 64139". The London Gazette. 10 August 2023. m/s. 15970.
  7. ^ "Our Governance". Ministry of Defence. Dicapai pada 16 June 2016.
  8. ^ "How Defence Works (December 2015)" (PDF). Ministry of Defence. Dicapai pada 16 June 2016.

Pautan luar sunting