Kementerian Pertahanan (United Kingdom)
Kementerian Pertahanan (MOD atau MoD) adalah jabatan kerajaan British yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar pertahanan yang ditetapkan oleh Kerajaan United Kingdom dan merupakan ibupejabat Angkatan Tentera British.
![]() Lambang MOD | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 1 April 1964 (Sebagai jabatan moden) |
Jenis | Jabatan |
Di bawah bidang kuasa | United Kingdom |
Ibu pejabat | Bangunan Utama, Whitehall, Westminster, London 51°30′14″N 0°07′30″W / 51.5040°N 0.1249°WKoordinat: 51°30′14″N 0°07′30″W / 51.5040°N 0.1249°W |
Kakitangan | 57,140 kakitangan awam (Mei 2018)[1] |
Belanjawan tahunan | £52 bilion; FY 2019-20 (≈$69.2 bilion)[2]Templat:Vs |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif Jabatan | |
Agensi-agensi anak | |
Tapak web | mod.uk |
MOD menyatakan bahawa objektif utamanya ialah mempertahankan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara dan kepentingannya serta mengukuhkan keamanan dan kestabilan antarabangsa.[3] Dengan keruntuhan Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin, pihak MOD tidak meramalkan apa-apa ancaman ketenteraan konvensional jangka pendek; sebaliknya, ia telah mengenal pasti senjata pemusnah besar-besaran, keganasan antarabangsa, dan negara yang gagal dan kecewa sebagai ancaman besar pada kepentingan Britain.[4] MOD juga menguruskan operasi harian angkatan tentera, perancangan luar jangka dan pemerolehan pertahanan.
Para pegawai kanan tenteraSunting
Ketua Turus PertahananSunting
Ketua Turus Pertahanan (CDS) adalah ketua profesional Angkatan Tentera British dan merupakan penasihat kanan tentera kepada Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Perdana Menteri.
CDS di bantu oleh Timbalan Ketua Turus Pertahanan (VCDS) yang mewakili dan bertanggungjawab bagi urusan harian angkatan bersenjata MOD melalui Staf Pusat, bekerja rapat dengan Setiausaha Tetap. Mereka disertai oleh ketua-ketua profesional dari tiga cabang tentera British (Royal Navy, Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) dan Panglima Markas Angkatan Bersama. Kesemua anggota berada di gred OF-9 dalam sistem pangkat NATO.[5]
Bersama-sama Ketua-Ketua Turus membentuk Jawatankuasa Ketua Turus dengan tanggungjawab memberikan nasihat tentang hal-hal operasi ketenteraan dan persiapan serta pelaksanaan operasi tentera.
Ketua-Ketua Turus adalah seperti berikut.[6]
- Ketua Turus Pertahanan – Jeneral Sir Nick Carter
- Naib Ketua Turus Pertahanan – Laksamana Timothy Fraser
- First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut – Laksamana Tony Radakin (Ketua Royal Navy)
- Ketua Turus Am – Jeneral Sir Mark Carleton-Smith (Ketua Tentera Darat British)
- Ketua Turus Udara – Ketua Marsyal Udara Mike Wigston (Ketua Tentera Udara Diraja)
- Panglima Markas Angkatan Bersama – Jeneral Patrick Sanders
Para pegawai tentera kanan lainSunting
Ketua Turus dibantu oleh beberapa pegawai tentera kanan lain di gred pangkat OF-8.[5]
- Panglima Pertahanan Awam – Leftenan Jeneral Richard Nugee
- Timbalan Ketua Turus Pertahanan (Strategi Tentera dan Operasi) – Leftenan Jeneral Douglas Chalmers
- Timbalan Ketua Turus Pertahanan (Keupayaan Tentera) – Marsyal Udara Richard Knighton
- Panglima Operasi Bersama - Laksamana Madya Ben Key
- Penasihat Pertahanan Kanan Timur Tengah - Ledtenan Jeneral Sir John Lorimer
Di samping itu, terdapat beberapa orang Asistan Ketua Turus Pertahanan, termasuk Setiausaha Khidmat Pertahanan di Istana Diraja Baginda Ratu United Kingdom, yang juga merupakan Asistan Ketua Turus Pertahanan (Anggota).[7]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ [1], MOD biannual civilian personnel report: 2018, 17 May 2018
- ^ [2] HM Treasury (29 October 2018) - see Chart 1 on page 6
- ^ The Defence Vision, Ministry of Defence website.
- ^ Strategic Defence Review 1998 Diarkibkan 26 Oktober 2012 di UK Government Web Archive Ministry of Defence, accessed 8 December 2008.
- ^ a b "Organogram - Ministry of Defence". data.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). 31 March 2016. Dicapai pada 18 December 2017.
- ^ "Ministry of Defence - Our senior military officials". GOV.UK. Ministry of Defence. Dicapai pada 23 July 2018.
- ^ [3] Diarkibkan 8 Oktober 2012 di Wayback Machine
BibliografiSunting
- Chester, D. N and Willson, F. M. G. The Organisation of British Central Government 1914–1964: Chapters VI and X (2nd edition). London: George Allen & Unwin, 1968.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kementerian Pertahanan (United Kingdom) |