Jeneral (United Kingdom)
Jeneral (atau jeneral penuh bagi membezakannya dengan pangkat pegawai jeneral yang lebih rendah) ialah pangkat tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana pegawai berkhidmat dalam Tentera Darat British. Pangkat ini juga boleh dipegang oleh pegawai Marin Diraja dalam jawatan tiga cabang perkhidmatan, sebagai contoh, Jeneral Sir Gordon Messenger dan Gwyn Jenkins, mantan dan Naib Ketua Turus Pertahanan terkini. Ia berada di atas Leftenan Jeneral dan, dalam Tentera Darat, berada dibawah pangkat Fil Marsyal, yang kini hanya dianugerahkan sebagai pangkat kehormat. Pangkat jeneral mempunyai kod NATO OF-9, dan merupakan pangkat empat bintang.[1] Ia setara dengan Laksamana penuh dalam Royal Navy atau Ketua Marsyal Udara dalam Royal Air Force.
Jeneral General | |||||
| |||||
Negara | United Kingdom | ||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Britain Marin Diraja | ||||
Kumpulan pangkat | Pegawai Jeneral | ||||
Pangkat | Empat bintang | ||||
Singkatan | Gen | ||||
Kod NATO |
OF-9 | ||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||
Persamaan pangkat tentera laut | Laksamana (RN) | ||||
Persamaan pangkat tentera udara | Ketua Marsyal Udara (RAF) |
Pegawai-pegawai yang memegang pangkat Leftenan Jeneral dan Mejar Jeneral secara amnya boleh dianggap sebagai Jeneral.
Insignia
suntingLambang jeneral ialah pedang dan baton bersilang. Ia muncul mengikut lambang lama pangkat Brigedier Jeneral yang kini sudah dimansuhkan. Mejar Jeneral mempunyai satu paku di atas lambang ini; Leftenan Jeneral menggunakan lambang mahkota dan bukannya paku; manakala jeneral penuh memakai kedua-dua paku dan mahkota. Lambang pangkat tertinggi, iaitu Fil Marsyal, berbentuk baton bersilang dalam kalungan yang diatasnya terdapat mahkota.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Ranks - British Army Website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-21. Dicapai pada 2012-08-19.