Lencana pangkat pegawai Tentera Darat British

rencana senarai Wikimedia

Disenaraikan dalam jadual dibawah ialah insignia—tanda pangkat—Tentera Darat British. Lencana bagi pegawai medan telah diperkenalkan pada tahun 1810 dan insignia itu dipindahkan ke epaulet pada tahun 1880. Di pakaian seragam istiadat atau perbarisan, pangkat-pangkat ini terus dipakai pada epaulet, samada sebagai slaid berkain atau sebagai klip berlogam, walaupun pada 'pakaian kerja' (uniform harian) moden ia biasanya dipakai sebagai slaid berkain di dada. Walaupun insignia ini digunakan di seluruh Tentera Darat British, terdapat variasi dalam reka bentuk dan warna tepat yang digunakan dan ia mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan mereka semua.

Pegawai berpangkat leftenan dan leftenan kedua sering dirujuk sebagai subaltern dan mereka serta kapten juga dirujuk sebagai pegawai kompeni. Brigedier, kolonel, leftenan kolonel dan mejar merupakan pegawai medan. Di atas kelompok ini pula terdapat kumpulan pangkat tinggi yang dipanggil pegawai jeneral.

Pangkat sunting

Pangkat[1] General officers Field officers Junior officers
Field Marshal1 General Lieutenant General Major General Brigadier Colonel Lieutenant Colonel Major Captain Lieutenant Second Lieutenant Officer Cadet
Tentera Darat British                        
Singkatan pangkat FM Gen Lt Gen Maj Gen Brig Col Lt Col Maj Capt Lt 2Lt OCdt
Kod NATO OF-10 OF-9 OF-8 OF-7 OF-6 OF-5 OF-4 OF-3 OF-2 OF-1 OF-D

Informasi am pangkat sunting

Pangkat pegawai Saiz pasukan tipikal[2] Lantikan pasukan tipikal Masa tipikal yang diambil untuk kenaikkan pangkat
Officer Cadet Tiada pasukan N/A
Second Lieuenant 35 askar. Platun/trup. Selepas menamatkan latihan pegawai.
Lieutenant Sehingga 2 tahun selepas mencapai pangkat leftenan kedua.
Captain Antara 50 dan 120 askar. Kompeni/Bateri/Skuadron. Selepas 3 tahun perkhidmatan bertauliah.
Major Sehingga 120 askar dan pegawai. Selepas berkhidmat dalam tentera darat selama 8 hingga 10 tahun.
Lieutenant Colonel Sehingga 650 askar dan pegawai. Batalion/ rejimen/grup tempur. N/A
Colonel Pemerintahan medan dalam Kor Kesihatan Diraja British. Pegawai staf.
Brigadier Briged atau pengarah staf.
Major General Divisyen.
Lieutenant Jeneral Kor.
General Pangkat paling kanan.
Field Marshal Pada masa ini berpangkat kehormat.

Nota sunting

Pangkat Field Marshal telah menjadi pangkat kehormat/istiadat; pegawai terakhir yang dinaikkan pangkat adalah pada tahun 1994.

Pangkat bersejarah sunting

  • Kapten Jeneral (s. abad ke-17): seorang Jeneral penuh.
  • Sarjan Mejar Jeneral (s. abad ke-17): dipendekkan ke Mejar Jeneral.
  • Kapten leftenan (s. abad ke-17 & 18): iaitu leftenan kompeni pertama dalam sebuah rejimen, yang kaptennya dipegang oleh kolonel rejimen. Pada kenaikkan pangkat ke kapten penuh, tempoh pangkat ini dianggap sebagai kapten penuh untuk tujuan gaji dan pencen, kerana dia memimpin kompeni itu dengan berkesan.
  • Ensain: pangkat subaltern terendah dalam rejimen infantri; digantikan pada 1871 oleh leftenan kedua, tetapi masih digunakan untuk merujuk kepada leftenan kedua dalam beberapa rejimen Pengawal.
  • Kornet: pegawai kavalri setaraf ensain digantikan pada 1871 oleh leftenan kedua, tetapi masih digunakan untuk merujuk kepada leftenan kedua dalam beberapa rejimen kavalri, termasuk Blues and Royals dan The Queen's Royal Hussars.

Lihat juga sunting

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Who we are: Rank Structure". Retrieved 7 July 2020.
  2. ^ "Officer Careers: Promotion and career progression is clearly defined in the Army". Dicapai pada 7 July 2020.

Pautan luar sunting

Templat:British Army navbox