Ensain
Ensain atau ensign (/ˈɛnsən/;[1] Bahasa Inggeris Pertengahan Akhir, dari Bahasa Perancis Lama enseigne (terjemahan: tanda, simbol, isyarat; bendera, panji-panji, gada-gada), dari bahasa Latin insignia (plural) ialah sejenis pangkat pegawai bertauliah muda dalam angkatan tentera beberapa negara, biasanya dalam infantri atau tentera laut. Sebagai pegawai muda dalam sesebuah rejimen infantri secara tradisinya adalah pembawa panji-panji rejimen, dari sinilah pangkat itu mendapat nama. Pangkat ini secara amnya telah digantikan oleh pangkat leftenan muda dalam tentera darat.[2] Ensain secara umumnya merupakan pegawai bertauliah paling rendah, kecuali dimana pangkat subaltern wujud.[3] Sebaliknya, pangkat bahasa Arab ensain, لواء, liwa', berasal dari unit-unit pemerintahan bersama bendera, bukan pembawa bendera unit, dan hari ini adalah bersamaan dengan pangkat mejar jeneral.
Dalam Thomas Venn's 1672 Military and Maritime Discipline in Three Books, tugas-tugas ensain bukan saja membawa bendera tetapi membantu kapten dan leftenan kompeni dan jika ketiadaan mereka, ensain mempunyai kuasa.[4]
"Ensign" ialah enseigne dalam bahasa Perancis, dan chorąży dalam bahasa Poland, semuanya berasal dari istilah bendera. Bahasa Sepanyol alférez dan bahasa Portugis alferes ialah pangkat pegawai muda dibawah leftenan yang dikaitkan dengan pembawaan bendera, dan sering diterjemahkan sebagai "ensign". Tidak seperti pangkat dalam bahasa lain, etimologinya tidak ada kaitan dengan bendera, sebaliknya berasal dari bahasa Arab untuk "cavalier" atau "kesatria". Fähnrich dalam bahasa Jerman berasal dari gelaran tentera Jerman yang lebih lama, Fahnenträger (pembawa bendera); bagaimanapun, ia adalah pangkat pegawai kadet, bukan pegawai muda – perkara yang sama berlaku pada bahasa Belanda vaandrig, yang mempunyai etimologi selari. Bahasa Finland vänrikki berasal daripada kata dasar Jermanik yang sama melalui bahasa Sweden fänrik', tetapi menandakan pangkat pegawai simpanan terendah dalam angkatan darat Finland, dan berbeza daripada pangkat kadet. Di dalam angkatan tentera Sweden, fänrik merupakan pangkat paling rendah ditauliahkan. Di dalam tentera Landsknecht Jerman (s. 1480), pangkat yang setara dengan cornet wujud untuk askar yang membawa panji-panji pasukan (dikenali sebagai "cornet"). Ia masih digunakan dalam unit-unit artileri dan kavalri negara Belanda (kornet).
Amerika Syarikat
suntingEnsain Ensign | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut A.S. Pengawal Pantai A.S. Kor Tauliah USPHS Kor Pegawai NOAA | |
Singkatan | ENS | |
Kumpulan pangkat | Pegawai muda | |
Diperkenalkan | 1789 (Tentera Darat) 1862 (Tentera Laut) | |
Dimansuhkan | 1815 (Tentera Darat) | |
Kod NATO |
OF-1 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Leftenan Madya | |
Pangkat rendah seterusnya | Ketua Bintara Kanan | |
Persamaan pangkat | Leftenan Muda |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "ensign". Merriam-Webster.com Dictionary. Dicapai pada 4 April 2019.
- ^ "Subaltern". Ranks. Southern Gunners. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 31 January 2013.
- ^ Troy, Michael. "Rank of Ensign in Revolutionary Army". All Experts: U.S. History. About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2013. Dicapai pada 31 January 2013.
- ^ Venn, Thomas; Tacquet, Andrew & (tr) Lacey, John (translator) Military and Maritime Discipline in Three Books R. Pawlet, 1672
- Division Officer's Guide. James Stavridis and Robert Girrier. Naval Institute Press, 2004. ISBN 1-59114-799-9.