Pegawai Juruterbang

Pegawai Juruterbang (Pilot Officer atau Plt Off dalam RAF; PLTOFF dalam RAAF dan RNZAF; kadang kala P/O dalam semua cabang perkhidmatan, dan masih kerap digunakan dalam RAF) ialah pangkat pegawai terbawah dalam Tentera Udara Diraja[1] dan tentera udara banyak negara-negara Komanwel yang lain. Ia berkedudukan rapat dibawah Pegawai Pesawat. Ia lazimnya menandakan seseorang pegawai yang telah dipilih masuk sebagai pegawai kemasukkan terus bukan siswazah, kerana mereka yang mempunyai ijazah biasanya berkhidmat hanya seminggu di pangkat ini selepas tamat pengajian dari Maktab RAF Cranwell. Sesetengah pegawai bertauliah baru telah memegang pangkat gred paling terbawah iaitu Pemangku Pegawai Juruterbang.

Pegawai Juruterbang
Pilot Officer
Lencana bahu dan jalur lengan Pegawai Juruterbang
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Plt Off/PLTOFF
Diperkenalkan 1 April 1918
Persamaan
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya Pegawai Pesawat

Pangkat rendah seterusnya

Pemangku Pegawai Juruterbang

Persamaan pangkat tentera laut Leftenan Muda (RN)
Persamaan pangkat tentera darat/marin Leftenan Muda (TD/RM)

Ia mempunyai kod pangkat OF-1 NATO dan setaraf dengan Leftenan Muda dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Tentera Laut Diraja tidak mempunyai pangkat setara yang tepat, dan pangkat Pegawai Juruterbang lebih tinggi daripada Pegawai Kadet Kanan Tentera Laut Diraja dan berada lebih rendah dari Leftenan Muda Tentera Laut Diraja. Dalam Angkatan Tentera Australia, pangkat Pegawai Juruterbang adalah setaraf dengan Pemangku Leftenan Muda dalam Tentera Laut Diraja Australia.

Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force (WAAF) ialah "asistan pegawai seksyen".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Dicapai pada 2007-12-01.