Pecah periuk
Pecah periuk, jarum-jarum, jejarum, siantan, seganding atau seganding jantan ialah sejenis pokok renek berbunga dalam genus Ixora[3][4] keluarga Rubiaceae.[1] Genus ini mempunyai 544 spesies.[2] Pokok renek ini didapati di kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia, terutamanya India.
Bunga Jejarum بوڠا ججارم | |
---|---|
![]() | |
Ixora coccinea | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | Ixora
|
Spesies jenis | |
Ixora coccinea | |
Spesies | |
sekitar 544 spesies, lihat teks | |
Sinonim[1][2] | |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Pecah periuk |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pecah periuk |
Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.
Botani sunting
Tingginya pokok pecah periuk sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora javanica adalah lebih besar iaitu 12-20 sentimeter panjang dan 4-6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7-10 sentimeter panjang dan 3-5 sentimeter lebar.
Bunga pokok ini besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Walau bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih.
Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak.
Penanaman sunting
Spesies-spesies tumnuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.
Spesies terpilih sunting
- Ixora chinensis
- Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia
- Ixora javanica yang berasal dari Malaysia dan Indonesia
Kegunaan sunting
Bunga pokok ini yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.
Galeri sunting
-
-
-
-
-
Bunga jejarum yang berwarna putih.
-
Bunga jejarum kuning
-
Bunga jejarum
-
Jejarum muda
Rujukan sunting
- ^ a b "Ixora L., Sp. Pl.: 110 (1753)". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 1 Jun 2022.
- ^ a b "Ixora L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 1 Jun 2022.
- ^ "Ixora". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 44–45, 228–231. ISBN 9789676118929.