Jek ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengangkat muatan berat. Jek menggunakan ulir skru atau silinder hidraulik untuk menjana kuasa linear yang tinggi.

Jek mekanikalSunting

 
Skru jek bahagian penting jek kereta paling ringkas yang masih digunakan.
 
Seorang kru sedang menyediakan jek NASCAR

Contoh jek mekanikal ialah jek kereta, jek lantai atau jek garaj yang digunakan untuk mengangkat kenderaan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikian. Jek kereta biasanya menggunakan kuasa mekanikal untuk membolehkan manusia mengangkat kenderaan dengan kuasa manual sendirian. Jek yang lebih berkuasa menggunakan kuasa hidraulik untuk memberikan kuasa angkatan yang lebih besar dan tinggi. Jek mekanikal selalunya dinilai untuk kapasiti angkatan yang maksimum (contohnya 1.5 tan atau 3 tan).

Jek hidraulikSunting

Jek hidraulik menggunakan bendalir tidak mampat yang ditekan ke dalam silinder oleh pam pelocok. Minyak digunakan kerana ia melincir dan stabil. Apabila pelocok itu menarik, ia mengeluarkan minyak dari takungannya melalui satu injap semakan sedutan ke dalam kebuk pam. Apabila pelocok itu menuju ke depan, ia menolak minyak itu melalui injap semakan keluar ke dalam silinder. Bola injap sedutan yang berada di dalam kebuk akan terbuka setiap kali pergerakan pelocok. Bola injap keluar yang berada di luar kebuk akan terbuka bila minyak ditolak ke dalam silinder. Pada masa ini, bola sedutan di dalam kebuk dipaksa menutup dan tekanan minyak akan terbina di dalam silinder.

Jek rumahSunting

Jek rumah ialah alat mekanikal yang kegunaan utamanya untuk mengangkat rumah dari tapaknya. Beberapa siri jek dan anduh kayu untuk menyokong struktur akan digunakan dalam proses ini. Proses akan diulang sehingga ketinggian yang diingini tercapai. Jek rumah boleh juga digunakan untuk mengangkat batang rasuk yang terbina ataupun untuk memasang struktur batang rasuk yang baru.

Jek bebenangSunting

Jek bebenang ialah jek hidraulik yang sofistikated yang mencengkam dan mengangkat kabel keluli. Jek bebenang boleh mengangkat muatan ratusan tan dan sering digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan.

Jek asapSunting

 
Gambar jek asap dalam A Treatise of Mechanics (1826)

Jek asap ialah jek yang mendapat tenaganya dari turus udara menaik atau asap. Ia dianggap sebagai contoh terawal turbin stim dan enjin stim. Jek asap mula diterangkan oleh Taqi al-Din dalam bukunya Al-Turuq al-samiyya fi al-alat al-ruhaniyya (Kaedah menakjubkan mesin spiritual, 1551)[1]

Bagaimana Jek hidraulik berfungsiSunting

Jek Hidraulik Berfungsi dengan silinder hidraulik yang naik dan turun.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Hassan, Ahmad Y. "Taqi al-Din and the First Steam Turbine". History of Science and Technology in Islam. Dicapai pada 2008-03-29.
  2. ^ Lucy, Nguyen. "How does a hydraulic jack work?". Dicapai pada 2018-05-15.