Jembalang tanah, jin tanah dan hantu tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang berasal daripada cerita rakyat Melayu yang terdapat dikawasan hutan dara.[1][2][3] Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.[4]

Matlamat sunting

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut. Jembalang tanah juga mampu menyebabkan epidemik suatu penyakit serta bencana alam tetapi dia boleh komited kepada sesuatu perkara atau kontrak kerjasama antara kalangan mereka atau masyarakat.[1] Ibu yang sedang berpantang selepas bersalin tidak boleh turun ke permukaan tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.[5][6]

Status sunting

Jembalang tanah adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. Tetapi jembalang tanah boleh dipelihara apabila sejenis mantera dibacakan dan dihidangkan makanan.[7] Upacara ini biasanya dilakukan di kawasan hutan atau busut yang terbiar.[8] Pokok ara sering menjadi tempat berteduh bagi jembalang tanah ketika hujan turun. Manusia boleh berteduh di bawah pokok itu dengan syarat tidak boleh membuat keburukan atau boleh mendatangkan kemurkaan terhadap jembalang tanah seperti menendang, meludah air liur, membuang air kencing sembarangan, berkata kasar dan bertelanjang di hadapan pokok. Kesan jika melanggar syarta seperti yang disebutkan, jembalang tanah akan menyumpah manusia melalui mendapat penyakit dan ajal jika tidak berubat dengan seorang pawang, iaitu ahli perubatan tradiosnal masyarakat Melayu.[9]

Penelitian secara ilmiah sunting

Penerokaan tanah hutan pada masa dahulu adalah satu tugas yang berat, di mana peneroka terpaksa tinggal selama berbulan-bulan bagi menebang dan membersihkan kawasan hutan. Pada ketika itu, mereka terdedah kepada serangan haiwan buas, bahaya ditimpa pokok, penyakit, dan bahaya-bahaya lain. Dengan mempersembah acak kepada jembalang tanah, mereka merasakan mereka berhak meneroka kawasan tersebut dan akan dijauhi daripada bahawa-bahawa diatas. Malah mungkin mereka merasakan jembalang tanah pula akan melindungi keselamatan mereka sebagai balasan acak tersebut. Dengan itu mereka lebih yakin untuk meneruskan pembukaan tanah baru tersebut.[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Theresa Bane (2016). Encyclopedia of Spirits and Ghosts in World Mythology [Ensiklopedia tentang Kepercayaan dan Hantu di Mitologi Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Amerika Syarikat: McFarland and Incorporated Publishers. m/s. 78. ISBN 9781476663555.
  2. ^ Hazanh Mohd Said (30 Mei 1962). "Tahyul Berpengaroh dalam Kehidupan Orang Melayu". Berita Harian. New Straits Times Press. m/s. 6 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara.
  3. ^ Haji Muhd Ariff Ahmad (20 Disember 1987). "Peranan sirih dalam adat tempah bidan". Berita Harian. New Straits Times Press. m/s. 5 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara.
  4. ^ "Kepercayaan dalam masyarakat Melayu". Berita Harian. New Straits Times Press. 30 Januari 2000. m/s. 8 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara.
  5. ^ Haji Muhd Ariff Ahmad (25 Disember 1987). "Pengertian pantang ibu bersalin". Berita Harian. New Straits Times Press. m/s. 9 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara.
  6. ^ Haji Muhd Ariff Ahmad (20 Disember 1987). "Peranan sirih dalam adat tempah bidan". Berita Harian. New Straits Times Press. m/s. 5 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara.
  7. ^ Wives and Midwives: Childbirth and Nutrition in Rural Malaysia, By Carol Laderman
  8. ^ The Malay Magician: Being Shaman, Saiva and Sufi, By Richard Winstedt, Sir Richard Winstedt
  9. ^ Afifah Abu Yazid (2003). Pengajian tamadun Islam. PTS Publications & Distributors. m/s. 318. ISBN 9789831925171.