Jenayah dan Hukuman

novel Rusia

Dosa dan Balasan (pra-pembaharuan bahasa Rusia : Преступленіе и наказаніе; Russian selepas pembaharuan Prestupléniye i nakazániye , IPA: [prʲɪstʊˈplʲenʲɪje ɪ nəkɐˈzanʲɪje] ) merupakan karya penulis Rusia, Fyodor Dostoevsky. Ia diterbitkan dalam jurnal sastera The Russian Messenger dalam dua belas edisi bulanan pada tahun 1866. [1] Karyanya kemudian diterbitkan dalam satu jilid. Ia merupakan karya penuh kedua Dostoevsky setelah kembali ke St. Petersburg selepas dibuang daerah ke Siberia selama sepuluh tahun. '

"Dosa dan Balasan'' boleh dinamakan sebagai novel hebat pertama dalam tempoh penulisannya [2] dan sering disebut sebagai salah satu pencapaian tertinggi dalam sastera dunia. [3] [4] [5] [6]

Novel ini menceritakan rancangan pembunuhan seorang bekas pelajar miskin bernama Rodion Raskolnikov di Saint Petersburg yang mengalami kesengsaraan mental dan dilema moral. Dia ingin membunuh seorang pajak gadai yang tidak bertanggungjawab, seorang wanita tua yang menyimpan wang dan benda berharga di rumah pangsanya. Berdasarkan teori Rodion Raskolnikov, dia dapat membebaskan dirinya daripada kemiskinan dengan memiliki wang tersebut dan dapat melakukan tindakan baik.

Tambahan pula, dia cuba untuk meyakinkan dirinya bahawa jenayah tertentu adalah dibenarkan apabila ia dilakukan untuk menghilang rintangan bagi mencapai sasaran yang lebih tinggi sebagai seorang lelaki 'luar biasa'. Namun, dia mendapati diri sendirinya dilanda dengan kekeliruan, paranoia, dan rasa jijik sebaik sahaja melakukan perbuatan tersebut. Dia bergelut dengan rasa bersalah dan ngeri serta menghadapi kedua-dua akibat dalaman dan luaran perbuatannya, jadinya kesemua justifikasi teorinya telah kehilangan kuasa.

Rujukan

sunting
  1. ^ University of Minnesota – Study notes for Crime and Punishment – (retrieved on 1 May 2006)
  2. ^ Frank (1995), p. 96
  3. ^ "The 50 Most Influential Books of All Time". Open Education Database. 26 January 2010.
  4. ^ "The Greatest Books". thegreatestbooks.org.
  5. ^ Writers, Telegraph (23 July 2021). "The 100 greatest novels of all time". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2022.
  6. ^ "100 must-read classic books, as chosen by our readers". Penguin. 26 May 2022.