George Kusunoki Miller (Jepun: ジョージ・楠木・ミラー, Hepburn: Jōji Kusunoki Mirā, lahir 18 September 1992[2]), dikenali dengan nama artis Joji serta dahulunya Filthy Frank and Pink Guy, ialah seorang penyanyi, penyanti rap, pelawak, dan bekas YouTuber asal Jepun.

Joji
ジョージ
Joji, Ogos 2018
Kelahiran
George Kusunoki Miller[1]

(1992-09-18) 18 September 1992 (umur 31)[2]
Osaka, Jepun[3]
Nama lain
  • Filthy Frank
  • Pink Guy
Pusat pendidikanInstitut Teknologi New York
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagi
  • penyanyi rap
  • pelawak
Kerjaya muzik
Berasal dariHigashinada-ku, Kobe, Jepun[4][5]
Genre
  • Joji
  • Filthy Frank / Pink Guy
Instrumen
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Trippie Redd
Laman sesawang
jojimusic.com
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2006–2017
Pelanggan11.1 juta (keseluruhan)
Jumlah tontonan1.66 bilion (keseluruhan)
RangkaianScaleLab[9]
100,000 pelanggan 2012
1,000,000 pelanggan 2015
Dikemaskini pada 28 November 2021

Miller memulakan kerjaya YouTube-nya pada 2011 sejurus selepas berpindah ke Amerika Syarikat, dan mendapat pengiktirafan kerana menggambarkan watak aneh di saluran satira TVFilthyFrank, TooDamnFilthy, dan DizastaMusic.[10] Saluran yang menampilkan hip hop komedi, bebelan, cabaran yang melampau, serta persembahan ukulele dan tarian,[11] dan terkenal dengan babak lawak kejutan dan viraliti yang prolifik. Video Miller membantu mempopularkan Harlem Shake yang menyumbang kepada kejayaan komersial lagu Baauer dengan nama yang sama, dan membawa kepada penghasilan meme dan kerjasama dengan para YouTuber.[12][13] Sebagai Pink Guy, Miller mengeluarkan dua album studio komedi dan EP antara 2014 dan 2017.

Pada akhir 2017, Miller bersara sebagai YouTuber untuk meneruskan kerjaya muzik di bawah nama Joji.[14][15] Album sulungnya, Ballads 1, dikeluarkan pada 2018 dan menampilkan single "Slow Dancing in the Dark". Album keduanya, Nectar (2020), mengandungi single "Sanctuary" dan "Run". Pada tahun 2022, beliau mengeluarkan single tersenarai carta Billboard Hot 100 Amerika, "Glimpse of Us", lagu dengan rating tertinggi miliknya.[16]

Kehidupan awal sunting

George Kusunoki Miller dilahirkan di Osaka, Jepun.[3] Bapanya orang Australia dan ibunya orang Jepun.[17] Beliau menghadiri Akademi Kanada, sebuah sekolah antarabangsa di Kobe, Jepun, di mana beliau menamatkan pengajian pada tahun 2012.[5] Pada usia 18 tahun, beliau meninggalkan Jepun dan berhijrah ke Amerika Syarikat.[18]

Legasi dan kesan sunting

Rancangan Filthy Frank Miller telah memberi impak yang mendalam terhadap budaya internet, dan bertanggungjawab dalam penciptaan banyak meme internet.[19] Konten-konten Miller telah dipuji sebagai "perlambangan keganjilan."[19]

Video Miller mempunyai kesan yang meluas, termasuk memulakan kegilaan tarian tular yang dikenali sebagai Harlem Shake pada tahun 2013, dan bertanggungjawab secara langsung untuk debut lagu "Harlem Shake" oleh Baauer dalam carta Billboard Hot 100.[12][13] Rakan YouTuber, Ethan Klein (juga dikenali di bawah alias h3h3Productions), menyifatkan Miller sebagai "YouTuber terhebat sepanjang zaman" dalam temu bual 2017 dengan First We Feast.[20]

Rujukan sunting

  1. ^ "ACE Repertory – Joji Kusunoki". ascap.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2019. Dicapai pada 14 September 2019.
  2. ^ a b "Joji on Apple Music". Apple Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2018. Dicapai pada 14 Februari 2018.
  3. ^ a b "Joji Shares Video for New Single 'Will He'; Announces New EP". BroadwayWorld. 18 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 3 November 2017.
  4. ^ Joji's Journey from Viral Videos to Quality Music Music Life. Pigeons and Planes. 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2017. Dicapai pada 3 November 2017.
  5. ^ a b "CA Review Fall 2012". Canadian Academy. m/s. 4–5. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada 16 Januari 2017 – melalui Issuu.
  6. ^ Kelley, Caitlin (7 Disember 2017). "Singer/Producer Joji on His Career Flip From Crude Viral Comedy to Understated R&B: 'Now I Get to Do Stuff That I Want to Hear'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2018. Dicapai pada 12 Disember 2017.
  7. ^ a b Graham Corrigan (1 November 2017). "Joji's Journey from Viral Videos to Quality Music". Pigeons and Planes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2017. Dicapai pada 3 November 2017.
  8. ^ Kelley, Caitlin (7 Disember 2017). "Singer/Producer Joji on His Career-Flip From Crude Viral Comedy to Understated R&B: 'Now I Get to Do Stuff That I Want to Hear'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2018. Dicapai pada 8 Jun 2018. He won't rap on a Joji track like he does as Pink Guy ..." & "Miller has been growing out of the brand of comedy associated with Pink Guy ...
  9. ^ "TVFilthyFrank YouTube Stats, Channel Statistics". socialblade.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2017. Dicapai pada 29 October 2017.
  10. ^ @FilthyFrank (29 Disember 2017). "This is old news but I figured I'd give an official statement. Thank you for your understanding and god bless" (Twit). Dicapai pada 29 Disember 2017 – melalui Twitter.
  11. ^ "Soundbite: "Pink Season" by Pink Guy". The Current. 18 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2017. Dicapai pada 14 November 2017.
  12. ^ a b Liu, Marian. "Straight outta... China? The young Asian artists bucking hip-hop trends". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2018. Dicapai pada 31 Mac 2018.
  13. ^ a b Taylor, Chris. "YouTube: Here's How 'Harlem Shake' Went Viral". Mashable. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2018. Dicapai pada 31 Mac 2018.
  14. ^ "The Man Behind Pink Guy's Bizarre Chart-Topping Album 'Pink Season'". Pigeons and Planes. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2019. Dicapai pada 13 Januari 2017.
  15. ^ "Joji Explains Disision to Quit Filthy Frank and Pink Guy as He Pursues Music Career". PigeonsandPlanes. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2017. Dicapai pada 29 Disember 2017.
  16. ^ Ofiaza, Renz (6 November 2018). "Joji Becomes First Asian Artist to Top Billboard R&B/Hip-Hop Album Chart". Highsnobiety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-15. Dicapai pada 6 November 2018.
  17. ^ DizastaMusic (5 July 2017), Filthy Frank Exposes Himself?, dicapai pada 18 Disember 2018
  18. ^ HYPEBEAST (30 Mac 2018). "Joji Goes Desk Shopping, "Phones" Drake & Performs with 88rising". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2021. Dicapai pada 19 Disember 2018 – melalui YouTube.
  19. ^ a b Atenza, Samuel (1 Disember 2016). "Filthy Frank and the inexplicable, weird, kind of gross side of Youtube". The Diamondback. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
  20. ^ First We Feast (30 Mac 2017), H3H3 Productions Does Couples Therapy While Eating Spicy Wings Diarkibkan 30 April 2017 di Archive-It. Retrieved 20 November 2018, event occurs at 1:39, via YouTube

Pautan luar sunting