Jokpyeon ialah masakan Korea tradisional berupa jeli dan dimakan semasa Seollal (Tahun Baru Korea) di seluruh Korea.[1] Ia dibuat dengan merebus organ atau daging yang liat dengan kolagen, seperti telapuk, tengkorak, dan kulit lembu, untuk masa yang lama.[2] Keting dan tendon boleh ditambah ke dalam makanan sebagai bahan tambahan untuk menyerlahkan rasa.[3] Semasa merebus, kolagen menjadi cairan gelatin seperti bubur. Selepas ditapis, ia dicurah ke dalam bekas petak dan dibiarkan mengeras di tempat yang sejuk.[2] Jokpyeon dipotong dan disaji dengan sos pencicah seperti choganjang (diperbuat daripada sos soya dan cuka) atau saujeotguk (ekstrak daripada saujeot, udang jeruk masin).[3]

Jokpyeon
Hangul족편
Hanja
Perumian Semakanjokpyeon
McCune–Reischauerchokp'yŏn

Masakan hidangan ini banyak bergantung kepada telapuk lembu, yang namanya muncul daripadanya iaitu jok (, 足 kaki) dalam bahasa Korea. Makanan ini kadang kala dikategorikan sebagai sejenis muk, jeli daripada kanji bijirin disebabkan rupa dan teksturnya yang hampir sama.

Kepelbagaian sunting

  • Jokjanggwa (족장과), diperbuat dengan kaedah sama seperti jokpyeon, tetapi dikeraskan degan penambahan sos soya dan telur rebus.
  • Yongbong jokpyeon (용봉족편), diperbuat daripada telapuk lembuh dan kuang bayas dengan cara yang sama seperti jokpyeon[4][5]
  • Jokchae (족채)[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Pyeonyuk, jokpyeon (편육, 족편)" (dalam bahasa Korean). ytrt.cn. 2008-04-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2008-05-17.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Kinds of Korean Food". Korea Agro-Fisheries Trade Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 2008-05-17.
  3. ^ a b 족편 足─ (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2008-05-17.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ [1]
  5. ^ 용봉족편 (dalam bahasa Korean). RDA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2013-04-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-10. Dicapai pada 2015-04-06.
  • 족편 Korea Traditional Food Resource Portal
  • 족편 Nate Korean Dictionary

Pautan luar sunting